Menangis Semasa Ditahan Dalam Sekatan Jalan Raya, Polis Benarkan Wanita Rentas Daerah 3

Menangis Ditahan Di ‘Roadblock’, Polis Akhirnya Benarkan Wanita Rentas Negeri

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menangis Ditahan Di ‘Roadblock’, Polis Akhirnya Benarkan Wanita Rentas Negeri

Selain Malaysia, banyak negara lain turut melakukan sekatan merentas daerah dan negeri bagi membendung penularan wabak COVID-19.

BACA: KKM Cadang Rentas Negeri Sempena Hari Raya Ditangguh

Namun baru-baru ini tular satu video yang memaparkan seorang wanita yang menangis di satu sekatan jalan raya di negeri Banten, Indonesia.

Menangis Ditahan Di 'Roadblock', Polis Akhirnya Benarkan Wanita Rentas Negeri

Siasatan awal mendapati wanita tersebut tidak memiliki kebenaran yang sah untuk merentas negeri menuju ke kampungnya di Lampung kemudiannya diarahkan untuk berpatah semula.

Menangis Ditahan Di 'Roadblock', Polis Akhirnya Benarkan Wanita Rentas Negeri

Namun sambil mengalirkan air mata, beliau memberitahu beliau kini tidak lagi bekerja kerana terkesan dengan wabak pandemik COVID-19.

Simpati dengan nasib wanita tersebut yang menangis semasa ditahan di roadblock, pihak polis akhirnya membenarkan beliau meneruskan perjalanan.

Di Malaysia pula, pihak KKM menerusi Dr Adham Baba mencadangkan rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguhkan.

Malah bazar Ramadan turut ditutup sekiranya terdapat jangkitan dipercayai daripada aktiviti bazar.

Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil kira pandangan pakar kesihatan awam sebelum memuktamadkan masa yang sesuai untuk membenarkan perjalanan rentas negeri dengan merangkumi enam petunjuk:

  1. situasi kes positif harian
  2. kes sembuh dan discaj
  3. trend dan kadar kebolehjangkitan
  4. kadar jumlah kematian
  5. keupayaan katil dan unit rawatan rapi (ICU)
  6. situasi semasa petugas kesihatan

Sebelum ini media melaporkan pasangan instafamous yang tular merentas negeri ke Johor untuk berbulan madu dihukum penjara sehari dan masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Ia berikutan atas pertuduhan memberi maklumat bertulis palsu pada bulan lalu. Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 24, yang memakai jubah kelabu manakala suaminya, Azharique Shah Abdul Jalil, 23, berjubah putih dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Wong Chai Sia.