Masjid Kesultanan Melaka A Famosa

Masjid Agong Kesultanan Melaka Memang Wujud, Tapi Bukan Di Pintu Gerbang Kota A Famosa – Perzim

Masjid Agong Kesultanan Melaka Memang Wujud, Tapi Bukan Di Pintu Gerbang Kota A Famosa- Perzim

Peninggalan A Famosa pada hari ini terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan antara seni bina Eropah tertua yang masih wujud di Asia.

Jika dahulu orang ramai sekadar mengetahui sejarah bagaimana kubu A Famosa itu dibina, namun pada hari ini turut terbongkar sejarah hitam yang amat perit terutama bagi umat Islam di sini disebalik pembinaan kota tersebut.

Baru-baru ini, Ahmad Fedtri Yahya yang merupakan seorang pengacara dan personaliti TV Malaysia yang mengacarakan dokumentari Jejak Rasul tahun ini berkongsi fakta yang mana di bawah kota A Famosa itu adanya runtuhan masjid zaman Kesultanan Melaka.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=327958255368184&id=100044620350780

ODISI sebelum ini pernah berkongsi kisah disebalik pembinaan Kota A Famosa yang dibina dari batu masjid dan kubur Melayu.

BACA: Sejarah Kota A Famosa Yang Dibina Dari Batu Masjid Dan Kubur Melayu

Bagaimanapun, ramai yang berkefahaman bahawa tinggalan A Famosa yang menjadi pusat pelancongan negeri Melaka pada hari ini, menganggap bahawa di situlah tapak runtuhan Masjid Agong zaman Kesultanan Melaka.

Sejarah Kota A Famosa Yang Dibina Daripada Batu Masjid Dan Batu Nisan 1
Sumber: The Star

Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) tampil memberi penjelasan sebenar yang sepatutnya masyarakat ketahui.

Pengurusnya, Mohd Nasruddin Rahman berkata, memang wujud Masjid Agong di zaman keagungan Kesultanan Melaka bagaimanapun tapaknya bukan di pintu gerbang A Famosa itu.

Jelasnya, masyarakat keliru apabila mereka menganggap A Famosa itu adalah pintu gerbang arah selatan iaitu Porta de Santiago sedangkan ia adalah sebahagian daripada keseluruhan kota A Famosa itu sendiri.

“A Famosa bermula dengan kota kecil digelar “Fortaleza de Malaca” yang dibina Portugis sebagai benteng pertahanan untuk menangkis serangan pelbagai pihak termasuk Sultan Mahmud Shah bagi mendapatkan kembali Melaka dari tangan Portugis.

“Untuk mengukuhkan kedudukan mereka, Portugis mula membesarkan kota tersebut lalu digelar A Famosa. Jadi, mengatakan Masjid Agong terletak di bawah kota A Famosa adalah betul.

“Cuma apa yang salah adalah persepsi masyarakat mengenai istilah A Famosa yang sebenarnya,” katanya.

Masjid Kesultanan Melaka A Famosa
Sumber: Mohd Faizal Rahmat

Mengenai Masjid Agong, Nasruddin menjelaskan memang ada dalam catatan sumber Portugis dan sejarah Melayu yang mana ia diruntuhkan dan dibakar oleh penjajah Portugis ketika menakluk Melaka pada 1511.

Tapak sebenar masjid tersebut dikatakan di sekitar Bulatan Kancil berhadapan Bangunan Stadhyus.

Masjid Kesultanan Melaka A Famosa

Surau Warisan yang berdekatan situ pula dibina sebagai simbolik adanya sebuah masjid di kawasan tersebut.

“Malahan memang ada binaan di bawah bangunan Stadthuys dan ia wujud sebelum bangunan itu dibina lagi.

“Kota (Melaka) ini besar dan ia menempatkan istana utama, istana permaisuri, kubu pertahanan dan penempatan rakyat jelata yang berkeluasan dianggarkan tiga kilometer, jadi pelbagai binaan dalam kota ini yang digunakan Portugis untuk membina kota A Famosa,” katanya.

Sumber: Bernama