Filem Once Upon A Time In Hong Kong

‘Once Upon A Time In Hong Kong’, Filem Perjuangan Banteras Jenayah Rasuah

Sehingga hari ini, tidak dinafikan bahawa jenayah rasuah masih membarah dalam semua bidang kerjaya.

Suatu ketika dahulu, Hong Kong pernah mengalami zaman kegelapan yang mana pada ketika itu merupakan negara paling korup di Asia, dikawal oleh kumpulan Taipan dan gengster. Tetapi dalam tempoh 10 tahun, sedikit demi sediki amalan rasuah dapat dibersihkan.

Berlatarkan tahun 1960-an hingga 1970-an, Once Upon A Time In Hong Kong mengisahkan mengenai perjuangan badan pencegah rasuah dikenali sebagai ICAC membanteras rasuah di Hong Kong.

Filem ini mengetengahkan isu rasuah dalam kalangan pegawai polis yang tidak bertanggungjawab yang mana ia sememangnya satu cabaran amat besar untuk dibanteras.

Pasukan penyiasat ICAC mendapati kegiatan ketua pengedar dadah semakin berleluasa kerana mendapat perlindungan daripada seorang ketua pegawai polis.

Filem Once Upon A Time In Hong Kong

Once Upon A Time In Hong Kong diarahkan oleh Wong Jing dan Woody Hui yang dibintangi oleh pelakon legenda Hong Kong seperti Louis Koo, Tony Leung, Francis Ng dan Gordon Lam.

Jika anda gemarkan filem bergenre aksi jenayah, Once Upon A Time In Hong Kong perlu dimasukkan dalam senarai wajib tonton.

Sudah ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 29 April, tonton trailer penuh aksi dan suspens ini dahulu.