Kecewa Kerajaan Thailad Pindah Negara

Kecewa Kerajaan Gagal Kawal COVID-19, Rakyat Thailand Buat Gerakan Ajak Pindah Negara

Dalam pada Malaysia sedang berusaha untuk mengawal pandemik COVID-19 yang memperlihatkan peningkatan kes di samping mempergiatkan program vaksin kebangsaan, negara jiran kita, Thailand sedang memantau rapi Group Facebook ‘Yai Pratet Kan Ter’ (Jom Pindah Negara) yang diciptakan rakyatnya.

Kewujudan Group Facebook ‘Jom Pindah Negara’ itu berikutan kekecewaan rakyat Thailand atas kegagalan kerajaan mengawal penularan wabak COVID-19 di negara itu.

Difahamkan, group itu mula dibentuk pada 1 Mei lalu dan dalam masa empat hari sudah mengumpulkan lebih 650,000 ahli yang berkongsi tip belajar dan bekerja di luar negara. Ada yang berkongsi maklumat seperti kebajikan dan kadar pendapatan di negara yang mereka duduk.

Namun begitu, ada juga ahli Group yang menyerang ahli politik dengan menunjukkan rasa tidak puas hati dengan sistem kebajikan Thailand.

Kecewa Kerajaan Thailad Pindah Negara
Sumber: Nation Thailand

Melihat pada kewujudan Group itu sehingga tular di media sosial, Kementerian Ekonomi dan Masyarakat Digital (DES) Thailand mengawasi dan bersiap sedia untuk mengambil tindakan undang-undang jika perlu.

Walaupun sebahagian besar kandungan memberikan maklumat berguna untuk berkelana di luar negara, menterinya khuatir jika terdapat status yang mempunyai agenda politik sehingga menimbulkan perpecahan dan institusi kerajaan.

Group ‘Jom Pindah Negara’ tarik perhatian beberapa kedutaan promosi negara masing-masing

Dalam pada itu, beberapa agensi negeri termasuk Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi (MHESI) bersedia untuk menyokong mana-mana warga Thailand yang ingin melanjutkan pelajaran atau kerjaya di luar negara.

Selain itu, Kedutaan Sweden di Thailand menyiarkan mesej yang menyenaraikan sebab mengapa Sweden adalah destinasi yang berpotensi.

“Adakah anda berangan-angan untuk pindah ke luar negeri? Berikut adalah beberapa sebab mengapa Sweden harus dipertimbangkan.

“Antaranya adalah hak dan perlindungan buruh yang kuat, kesaksamaan antara jantina, penghargaan inovasi dan kesejahteraan sosial untuk semua.”

Begitu juga dengan kedutaan Australia, Jepun, Norway dan United Kingdom di Thailand yang tidak melepaskan peluang mempromosi negara masing-masing.

Sumber: Bangkok Post