‘Mandela’

‘Mandela’ Filem Satira Politik Lakonan Yogi Babu Yang Menarik Untuk Ditonton

Anda tengah cari tontonan yang menarik dan mahu melarikan diri daripada tema cinta cliche?

Mandela merupakan sebuah filem yang sangat menarik untuk anda tonton.

Membawa tema satira politik, filem berbahasa Tamil yang ditulis dan diarahkan oleh Madonne Ashwin menampilkan Yogi Babu dan Sheela Rajkumar sebagai barisan pelakon utama.

‘Mandela’ 2

Dinamakan sempena mendiang Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, filem ini dibuatkan berdasarkan senario pemilihan panchayat desa antara dua parti politik yang ana pengundi akan menentukan nasib pilihan raya.

Di sebuah kampung kecil di Tamil Nadu dengan kapasiti sekitar 1,000 penduduk yang dibahagikan kepada dua puak berdasarkan kasta. Apabila Presiden jatuh sakit, kedua anak-anaknya memutuskan untuk mencalonkan diri sebagai pengganti.

Mandela

Turut menyelitkan unsur komedi dalam plot, watak Yogi Babu mendapat pujian ramai kerana penghayatan beliau pada perkembangan wataknya sebagai seorang tukang rambut seiring dengan perjalanan plot cerita.

Untuk pengetahuan anda, bkas Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik turut mencadangkan filem ini untuk ditonton kerana banyak pengajaran yang boleh diambil daripadanya.

https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/posts/5838415259563032

Sebelum itu, apa kata anda tonton dahulu trailer filem Mandela di pautan bawah: