Mop Cordless Kerja Mengemop Terbaik 2021

Kerja Mengemop Semudah ABC, Ini Mop Cordless Yang Perlu Anda Miliki Sempena Promosi Raya

Kerja mengemop semudah ABC dengan mop cordless.

Melakukan tugasan harian di rumah menjadi perkara biasa bagi seorang suri rumah. Pergerakan fizikal seperti menyapu sampah, mengemop lantai, dan mengelap cermin tingkap secara tidak langsung membuatkan badan berpeluh kerana banyak bergerak dan meninggalkan rasa lenguh.

Mop lantai nampak seperti tugasan yang remeh, tetapi bagi yang biasa melakukannya ini antara perkara yang memerlukan kudrat dan ketelitian untuk memastikan lantai bersih dan licin dari kotoran.

Bukan mudah nak dapatkan lantai bersih berkilat pada setiap masa sepanjang hari lebih-lebih lagi apabila tibanya musim perayaan.

Walaupun sambutan hari raya pada tahun ini tidak semeriah tahun-tahun yang lepas kerana perlu terhadkan orang yang menziarah, kita tetap perlu menjaga kebersihan di rumah.

Mop Cordlesss Kerja Mengemop Terbaik 2021
Sumber: Keluarga

Mengemop lantai juga perlu menggunakan teknik yang betul, jika tidak ia akan meninggalkan sedikit sisa habuk walaupun berkali-kali anda mengemop di tempat yang sama.

Menggunakan fungsi mop cordless ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah mengangkut baldi, memerah air dan tidak perlu berkali-kali mengemop di tempat yang sama sehingga lantai bersih berkilat. Kerja mengemop anda jadi lebih cepat dah semudah ABC!

Berikut merupakan beberapa jenis mop yang mungkin dapat membantu anda!

1. APACHE TurboMOP 18V – RM359

Mop Cordlesss Kerja Mengemop Terbaik 2021
Sumber: Ben Safwan

Model mop ini menggunakan bateri 18 volt yang boleh digunakan hingga 30-45 minit untuk sekali caj. Mampu diisi 250ml air beserta pencuci lantai, hanya picit sahaja butang dan boleh mula mengemop.

Pautan di Shopee.

2. Dibea FC20 Cordless Vacuum Cleaner 2-in-1 – RM938

Mop Cordlesss Kerja Mengemop Terbaik 2021

Walaupun kelihatan seperti vacuum cordless, tetapi ia turut memiliki fungsi mop sebagai ejen pembersih yang lebih mantap. Boleh menggunakan selama 45 minit dalam satu masa, sesuai untuk permukaan termasuk lantai papan, karpet, jubin, kereta, tilam dan lain-lain.

Pautan di Shopee.

3. Deerma VC01 MAX Handheld Wireless – RM399.50

Mop Cordlesss Kerja Mengemop Terbaik 2021

Mop 2 dalam 1 yang bertindak pada masa yang sama iaitu menyapu dan juga mengemop. Daya ketahanan 45 minit. Ia membersihkan kawasan besar dengan cepat dan mudah.

Pautan di Shopee.

Oh ya, jika anda sedang tercari-cari vakum tanpa wayar (cordless vaccum), boleh cuba lihat di sini dan untuk vakum sedut hama di pautan ini.