‘Things Heard & Seen’ Filem Seram Paling Aneh Untuk Tahun 2021 2

‘Things Heard & Seen’ Filem Seram Paling Aneh Untuk Tahun 2021

Baru sahaja dilancarkan pada 29 April lalu, filem Things Heard & Seen sudah pun menjadi trending di platform penstriman dalam talian Netflix.

Filem ini mengisahkan mengenai pasangan suami isteri, Catherine dan George yang berpindah dari Manhattan ke sebuah kawasan kampung terpencil di New York selepas George diterima untuk mengajar subjek sejarah seni di sebuah kolej.

‘Things Heard & Seen’ Filem Seram Paling Aneh Untuk Tahun 2021 3

Selalu merasa diri terasing, Catherine dan anaknya, Franny sering ‘diganggu’ satu entiti misteri selepas terjumpa sebuah buku salasilah keluarga dan cincin misteri.

Filem Things Heard & Seen merupakan filem seram yang dikategorikan sebagai aneh kerana tidak cliche seperti filem-filem seram yang lain.

‘Things Heard & Seen’ Filem Seram Paling Aneh Untuk Tahun 2021 2

Dengan latar belakang tahun 1980, filem ini dihasilkan berdasarkan buku All Things Cease to Appear tulisan Elizabeth Brundage yang dibintangi pelakon Amanda Seyfried dan James Norton.

Untuk ketahui bagaimana misteri demi misteri dirungkai, anda boleh tonton filem ini di Netflix dan sebelum itu apa kata anda tonton dahulu trailernya di pautan bawah: