
Tonton Ryan Reynolds Dan Emma Stone Kembali Kecoh Dalam ‘The Croods: A New Age’
The Croods: A New Age merupakan sekuel dari komedi pengembaraan animasi Dreamworks Animation, The Croods (2013).
Sekuel pada kali ini memaparkan keluarga Croods menghadapi cabaran baharu iaitu bertemu keluarga prasejarah lain.
Ketika keluarga Croods mengembara untuk mencari tempat tinggal yang baharu setelah selamat dari bencana dan binatang buas di era prasejarah ‘Croodaceous’, mereka berdepan cabaran terbesar sejak meninggalkan gua mereka.
Mereka bertembung dengan keluarga yang menggelar diri mereka sebagai Bettermans (keluarga yang sudah bertamadun), mendakwa mereka lebih hebat dan lebih berkembang berbanding keluarga Croods, dengan ciptaan-ciptaan terbaharu serta memiliki pelbagai tanaman segar.
Bagaimanapun, hubungan kedua-dua keluarga ini mula berpecah memandangkan perbezaan ketara antara keluarga pra-sejarah dan keluarga berevolusi itu.
Namun, mereka sebenarnya perlu menghadapi ancaman yang lebih besar yang menanti di dunia luar.
Nicolas Cage, Emma Stone, dan Ryan Reynolds kembali menjadi suara latar keluarga Croods.
Sementara itu, suara latar bagi keluarga Betterman termasuk Peter Dinklage sebagai Phil, Leslie Mann sebagai Hope, dan Kelly Marie Tran sebagai anak mereka, Dawn.
Diarahkan oleh Joel Crawford, The Croods: A New Age bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada 13 Mei 2021.
Ryan Reynolds juga ajak anda semua tonton filem yang penuh dengan debaran dan pengembaraan tak terjangkau ini!
Trending now



