Tip Amalan 10 Malam Akhir Ramadan Wanita Uzur

Tip Rebut Peluang 10 Malam Akhir Ramadan Bagi Wanita Uzur

Amalan 10 Malam Akhir Ramadan Bagi Wanita Uzur.

Ramadan hampir sampai ke penghujungnya. Setiap mukmin mengimpikan untuk bertemu dengan 10 malam terakhir yang disebut sebagai malam Lailatul Qadar.

Hal ini disebabkan Allah S.W.T telah menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda pada bulan ini, terutamanya dengan adanya Lailatul Qadar yang dikenali sebagai Malam Seribu Bulan.

BACA: Jom Kejar Malam Lailatul Qadr, Pecutan Terakhir Tamak Pahala

Fadilat dan ganjaran yang diperolehi mereka yang menemui malam istimewa ini sangat besar, justeru tidak hairanlah ramai yang berlumba mahu melakukan ibadah.

Tetapi bagaimana pula dengan wanita yang mengalami keuzuran atau haid? Janga risau, wanita yang sedang mengalami keuzuran boleh menggunakan tip ini bagi merebut peluang mendapatkan pahala 10 malam akhir Ramadan.

Tip Amalan 10 Malam Akhir Ramadan Wanita Uzur

Niat dari awal

Seeloknya, wanita berniat dari awal Ramadan untuk mencari Lailatul Qadar. Bukan sahaja niat, tetapi diiringi juga dengan aktiviti-aktiviti yang menghidupkan Ramadan, seperti solat terawih dan membaca al-Quran.

Insya Allah ada ganjaran besar menanti biarpun dia tidak dapat melakukannya pada malam Lailatul Qadar.

Perbanyakan selawat dan zikir

Bangun di tengah malam dan lakukan ibadah seperti berzikir, berselawat dan beristighfar.

Wanita yang sudah bersuami, jika dia mempermudahkan urusan suaminya beribadat, dia juga akan mendapat ganjaran ibadah.

Kerana uzur, gantikan solat selama lima minit itu untuk berselawat dan beristighfar. Banyakkan doa dengan apa sahaja doa kebaikan.

Menyibukkan diri menuntut ilmu

Menuntut ilmu khususnya fardu ain merupakan ibadah utama, bahkan lebih afdal berbanding solat sunat.

Boleh manfaatkan masa dengan menghadiri majlis ilmu, mendengar ceramah agama, membaca buku ilmiah, mendengar bacaan al-Quran dan membaca tafsir al-Quran.

Menyediakan juadah sahur

Sekiranya seorang perempuan itu menyediakan juadah bersahur, maka ia turut menghasilkan pahala ibadah pada malam Al-Qadr.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنَ جَهَّزَ غَازِيًا فَقَدْ غَزَا وَمَنْ خَلَفَ غَازِيًا فِي أَهْلِهِ فَقَدْ غَزَا

Maksudnya: Sesiapa yang mempersiapkan (peralatan) bagi mereka yang pergi berperang, dia juga (dianggap) telah pergi berperang. Dan sesiapa yang menjaga (kebajikan) keluarga seseorang yang pergi berperang, dia juga dianggap telah pergi berperang. Riwayat Muslim (1895).

Semoga bermanfaat.

Sumber: Awani. Twitter Muhammad Fahmi