Drama Nur Kembali Ditayangkan 3

Drama ‘Nur’ Kembali Ditayangkan Di 2 Stesen TV Indonesia Selepas Terima Desakan Peminat

Nur merupakan salah satu drama bersiri yang pernah mencetuskan fenomena luar biasa dalam bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia, tetapi juga di negara-negara serumpun yang lain.

Sebelum ini, heboh mengenai drama ini yang hanya mampu bertahan satu episod sahaja di Indonesia kerana tidak mencapai jumlah tontonan yang dimahukan biarpun ditayangkan pada waktu kemuncak dengan tempoh paling tinggi penonton iaitu pada jam 4.30 pagi.

Drama Nur Tak Dapat Sambutan Indonesia

Mengulas mengenai isu ini, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi menerusi Utusan Malaysia menjelaskan tahap kualiti yang masih lagi syk sendiri merupakan salah satu punca utama siri drama tempatan gagal mendapat tempat dalam mana-mana stesen televisyen Indonesia.

Meluahkan kekesalan mutu drama ini hanya layak untuk siaran Malaysia sahaja, Zed Zaidi menjelaskan biarpun drama Nur pernah gah meraih sembilan kategori dalam dua anugerah anjuran Media Prima Berhad, ianya bukanlah ukuran kualiti.

Menepis dakwaan Zed Zaidi, pengarah siri Nur, Shahrulezad Mohameddin mendedahkan sebenarnya drama berkenaan akan ditayangkan semula di dua stesen televisyen dengan waktu siaran baharu yang ditetapkan selepas menerima desakan daripada peminat seberang.

https://www.facebook.com/shahrulezad/posts/10158385606347815

Sebelum ini, sebuah drama Indonesia, Bismillah Cinta menjadi antara topik hangat kerana dikatakan diinspirasikan daripada drama Nur dan ditayangkan sepanjang bulan Ramadan di sana.