Lebih 10,000 Pelajar Korea Utara Serah Diri Atas Kesalahan Tonton K-Drama 4

Lebih 10,000 Pelajar Korea Utara Serah Diri Atas Kesalahan Tonton K-Drama

Tahukah anda, rakyat yang tinggal di Korea Utara berdepan dengan hukuman mati sekiranya mereka terkantoi menonton drama dari Korea Selatan?

BACA: Penduduk Korea Utara Berdepan Hukuman Mati Jika ‘Kantoi’ Tonton Drama Korea Selatan

Baru-baru ini, media melaporkan lebih 10,000 pelajar Korea Utara dilaporkan telah menyerah diri selepas secara curi-curi menonton filem dan drama Korea Utara.

Pengakuan itu dibuat dengan harapan agar hukuman mereka dapat diringankan susulan daripada tindakan tersebut yang termasuk dalam kesalahan berat di republik berkenaan.

Ini Yang Akan Berlaku Di Korea Utara Sekiranya Kim Jong-un Dilaporkan Meninggal
Sumber: SCMP

Bersama penyerahan itu, sebanyak 5,000 cakera padat digital (DVD) turut diserahkan kepada pihak berkuasa.

Bagi penduduk Korea Utara, untuk menerima hukuman yang ringan, seseorang individu boleh mengakui kesalahan mereka di Balai Polis atau pun Pusat Keselamatan Sosial.

Lebih 10,000 Pelajar Korea Utara Serah Diri Atas Kesalahan Tonton K-Drama 2

Jika ditangkap menonton kandungan daripada Korea Selatan termasuklah foto, dan foto, mereka boleh berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Dan sekiranya tertangkap menggunakan bahasa Korea Selatan, hukuman penjara dua tahun bakal dikenakan.

BACA: Boleh Ditembak Jika Terkantoi Minat BTS, Ini Kod Rahsia Yang Digunakan ARMY Korea Utara