Rumah Mampu Milik B40 60 Tahun Pembiayaan

Demi Bantu Golongan B40, BMF Cadang Rumah Mampu Milik Dengan Pembiayaan 60 Tahun

BMF Cadang Rumah Mampu Milik Dengan Pembiayaan 60 Tahun Untuk B40.

Rumah adalah antara keperluan asas setiap manusia. Setiap orang ada impian untuk membeli dan memiliki sebuah rumah sebagai tempat berteduh seisi keluarga.

Senario pada harini dilihat rakyat golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) semakin bergelut untuk membeli rumah apabila rumah yang dibina bukan lagi berstatus mampu milik sebaliknya sekadar mampu lihat sahaja.

Ia berikutan beberapa kekangan terutama isu syarat pinjaman yang agak ketat adakalanya membebankan bakal pembeli.

Melihat senario itu, Better Malaysia Foundation (BMF) melancarkan program usaha sosial baharu untuk membantu menyediakan penyelesaian kepada masalah pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah, terutamanya isi rumah B40.

Menurut pengasas BMF Tan Sri Vincent Tan, usaha itu untuk memudahkan pembinaan hartanah yang berkos bulanan rendah untuk dimiliki, yang disesuaikan reka bentuknya bagi sebuah keluarga.

Rumah 900 kaki persegi dengan lima bilik

Jelasnya, rumah mampu milik secara realistiknya berharga dari RM120,000 ke RM300,000 dengan saiz 450 hingga 900 kaki persegi di Lembah Klang.

Menerusi program ini, BMF bekerjasama dengan syarikat pemaju hartanah Berjaya Land Berhad telah mereka satu unit pangsapuri contoh bersaiz 900 kaki persegi dengan lima bilik dan empat bilik mandi.

Pinjaman dwigenerasi untuk 60 tahun pembiayaan

Apa yang menjadi perhatian tentang cadangan program ini, pinjaman perumahan tersebut dijadikan pinjaman dwigenerasi yang melangkaui tempoh bayaran selama 40 ke 60 tahun bagi memastikan bayaran ansuran bulanan mampu ditanggung dan diuruskan.

Menerusi Twitter CEO BCorp, Jalil Rasheed memaklumkan rumah contoh turut dipamerkan di Hotel Berjaya Times Square dan rumah yang bakal dibeli pengguna bakal turut disediakan perabot.

Cadangan program itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi netizen yang majoritinya kurang bersetuju.

Tempoh pembiayaan selama 60 tahun itu walaupun dilihat mampu merendahkan amaun bulanan yang perlu dibayar ke bank tetapi ia meninggikan jumlah keseluruhan pembayaran.

Malah, idea keluasan 900 kaki persegi untuk lima bilik tidur juga dianggap sempit dan agak kurang selesa untuk sebuah keluarga walaupun mengikuti keluasan minima Undang-Undang Kecil Bangunan 1984, UUK 42.

Rumah Mampu Milik B40 60 Tahun Pembiayaan
Sumber: Awani

Kata Vincent Tan, pemaju rumah di negara ini langsung tidak mempunyai niat untuk membina rumah mampu milik. Apakah B40 perlu bergelut untuk memiliki rumah mampu milik selama-lamanya?

Klik di pautan ini untuk membaca lebih lanjut mengenai program BMF pemilikan rumah rakyat Malaysia berpendapatan rendah.

Sumber: Awani, The Sun Daily