Komposer Lagu Tema ‘Doraemon’ & ‘Dragon Ball’ Meninggal Dunia 4

Komposer Lagu Tema ‘Doraemon’ & ‘Dragon Ball’ Meninggal Dunia

Animasi Jepun banyak menghiasa zaman kanak-kanak kita. Antara yang popular dan sehingga kini tetap menjadi tontonan adalah Doraemon dan Dragon Ball.

BACA: Pelakon Alih Suara Animasi Doraemon Meninggal Dunia

Pastinya juga lagu-lagu tema ini menjadi siulan mereka yang meminati animasi ini.

Semalam, satu khabar duka buat peminat animasi Doraemon dan Dragon Ball apabila komposer lagu temanya, Kikuchi Shunsuke dilaporkan meninggal dunia di usia 89 tahun.

Komposer Lagu Tema ‘Doraemon’ & ‘Dragon Ball’ Meninggal Dunia 1
Sumber: HappyMag

Dilahirkan di bandar Hirosaki pada tahun 1931, Kikuchi yang merupakan pelajar Kolej Seni Universiti Nihun membuat kemunculan pertamanya sebagai komposer filem pada tahun 1961.

Beliau kemudiannya berpindah ke televisyen dan mula menulis lagu tema dan muzik latar belakang (BGM) untuk pelbagai siri animasi termasuklah Kamen Rider dan Tiger Mask.

Merupakan salah seorang komposer yang menerima paling banyak tawaran di Jepun, Kikuchi juga terlibat dalam menggubah lagu filem aksi ganas (Kill Bill), jidaigeki dan juga drama televisyen.

Pada tahun 2017, Kikuchi mengumumkan untuk berehat sebentar daripada industri bagi menumpukan perhatian kepada kesihatannya sebelum dilaporkan meninggal dunia akibat daripada penyakit radang paru-parunya.