Homunculus 2

‘Homunculus’, Filem Thriller Jepun Yang Diadaptasi Daripada Manga

Trending di Netflix sekarang satu filem fantasi thriller Jepun, Homunculus yang dihasilkan berdasarkan sebuah manga dengan tajuk yang sama.

Mengisahkan mengenai Nokoshi Susumu yang sebelum ini bergelar pekerja syarikat kewangan terkemuka namun terpaksa menganggur dan tinggal di dalam kereta.

Homunculus

Satu hari, Susumu bertemu dengan Ito Manabu, seorang pelajar perubatan yang menawarkan beliau sejumlah wang sebagai tukaran kepada tawaran menjadi bahan eksperimen dalam prosedur pembedahan haram yang dikenali sebagai trepanation.

BACA: ‘Re:Mind’ Siri Thriller Psikologi Jepun Penuh Debaran

Prosedur ini memerlukan tengkorak digerudi dalam usaha untuk meningkatkan fungsi otak sehingga mampu mengeluarkan deria keenam mereka.

Homunculus 1

Selepas menjalani prosedur tersebut, Susumu berubah menjadi individu yang mampu melihat ketakutan/trauma seseorang dengan menutup mata kanannya dan melihat dari mata kirinya.

Diarahkan Takashi Shimizu, salah seorang yang mengarah filem Ju-on, filem ini lakonan Ryo Narita, Go Ayano ini kini sudah boleh ditonton di Netflix.

Sebelum itu, apa kata anda tonton dahulu trailer Homunculus di pautan bawah: