Gaji RM10 Sehari, Warga Asing Dikurung & Terima Ugutan Akan Dipukul Jika Berani Ambil Lauk 5

Gaji RM10 Sehari, Warga Asing Dikurung & Diugut Pukul Jika Berani Ambil Lauk

Jika sebelum ini media tempatan banyak melaporkan mengenai eksploitasi warga asing yang bekerja sebagai buruh, kali ini warga asing yang bekerja sebagai pekerja restoran turut menerima nasib yang sama dengan pembayaran gaji RM10 sehari.

BACA: Taktik Majikan Lapor Pekerja Asing Ke Jabatan Imigresen Untuk Elak Bayar Gaji Wujud Sejak 30 Tahun Lalu

Dalam satu serbuan Op Pintas Bersepadu yang dijalankan Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Pasukan Petugas Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) Kementerian Dalam Negeri (KDN), seramai 22 orang pekerja restoran di Taman Chi Liung, Klang, Selangor diselamatkan daripada terus menjadi mangsa eksploitasi majikan, hasil aduan orang awam.

Gaji RM10 Sehari, Warga Asing Dikurung & Terima Ugutan Akan Dipukul Jika Berani Ambil Lauk 3

Bukan setakat dieksploitasi daripada segi gaji yang mana jumlah harian yang diberikan cuma RM10, tetapi pekerja ini turut akan dikenakan hukuman potong gaji sekiranya mengambil makanan berlauk.

Mangsa yang berlingkungan antara 23-44 tahun; 11 wanita warga Indondesia dan 11 lelaki warga India, manakala tiga lelaki tempatan yang dikenal pasti sebagai majikan dan penjaga premis berusia antara 29-60 tahun ditahan.

Gaji RM10 Sehari, Warga Asing Dikurung & Terima Ugutan Akan Dipukul Jika Berani Ambil Lauk 4

Kesemua pekerja dikurung di asrama turut menerima ugutan daripada majikan dan penjaga dan terpaksa bekerja selama 12 jam tanpa hari cuti selain daripada tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit biarpun selepas waktu bekerja.

Gaji RM10 Sehari, Warga Asing Dikurung & Terima Ugutan Akan Dipukul Jika Berani Ambil Lauk 1

Kes yang disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 turut mendapati majikan gagal memberikan gaji RM1,500 sebulan seperti yang dijanjikan.

Sumber: Sinar Harian