Mekah Dilanda Hujan Lebat Jemaah

Lihat Gambar Jemaah Di Mekah Tetap Khusyuk Beribadah Walau Dilanda Hujan Lebat

Hujan lebat luar biasa yang melanda Mekah sejak petang Selasa menyebabkan beberapa kawasan terutama di bandar itu dilanda banjir kilat.

Menurut perkongsian di laman Twitter Haramain Sharifain, hujan lebat yang amat jarang berlaku sejak Asar menyebabkan air naik sehingga mencecah 0.5 meter.

Dikhabarkan, keadaan seumpama ini amat jarang berlaku di kota Mekah dan Pertahanan Awam telah mengeluarkan amaran berjaga kepada semua pihak.

Cuaca luar biasa yang dikongsikan di media sosial turut merakamkan video hujan batu di kawasan Kaabah.

Memetik laporan media, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran cuaca buruk membabitkan beberapa wilayah di seluruh Arab Saudi bermula Jumaat sehingga Selasa.

Amaran awal berkenaan membabitkan ramalan ribut petir dengan hujan sederhana serta angin kencang di wilayah Asir, Al-Baha, Jazan, Najran, Makkah dan Madinah bermula Jumaat.

Amaran itu turut melibatkan ibu kota Riyadh, Qassim dan Provinsi Timur yang akan mengalami hujan lebat sederhana yang dijangka mengakibatkan arus deras dan banjir.

Biarpun hujan lebat menimpa bumi Mekah, ramai muslim masih meneruskan ibadah tanpa menghiraukan pakaian mereka basah. Malah, dalam kompilasi gambar dikongsikan laman Twitter Haramain Sharifain, kelihatan mereka masih khusyuk menadah tangan memohon doa ketika waktu mustajab itu di bulan mulia ini.

Mekah Dilanda Hujan Lebat Jemaah
Sumber: Twiiter Haramain Sharifain
Mekah Dilanda Hujan Lebat Jemaah
Sumber: Twiiter Haramain Sharifain
Mekah Dilanda Hujan Lebat Jemaah
Sumber: Twiiter Haramain Sharifain
Mekah Dilanda Hujan Lebat Jemaah
Sumber: Twiiter Haramain Sharifain
Mekah Dilanda Hujan Lebat Jemaah
Sumber: Twiiter Haramain Sharifain

Untuk pengetahuan, hanya jemaah yang menerima suntikan vaksin dibenarkan memperoleh permit untuk menunaikan umrah dan bersolat di Masjidil Haram.

Terdapat tiga kategori jemaah dibenarkan iaitu mereka yang sudah menerima dos vaksin, menerima satu dos sekurang-kurangnya 14 hari sebelum, dan sudah pulih daripada jangkitan COVID-19.

Sumber: Awani