Bekalan Oksigen Kritikal, India Jangka Bakal Catat Kes Harian Setengah Juta 7

Bekalan Oksigen Kritikal, India Jangka Bakal Catat Kes Harian COVID-19 Setengah Juta

India menjadi tumpuan dunia selepas beberapa klip video menunjukkan keadaan terkini COVID-19 di sana.

BACA: Sistem Kasta Di India Burukkan Lagi Statistik Kematian Akibat Kebuluran Pandemik COVID-19

Mencatatkan kes harian yang semakin besar membawa kepada jumlah terkumpul sebanyak 17.63 juta, India kini berada dalam keadaan kritikal apabila bekalan oksigen di hospital dilaporkan semakin kehabisan.

Bekalan Oksigen Kritikal, India Jangka Bakal Catat Kes Harian Setengah Juta 4
Sumber: BBC

Bukan itu sahaja, bekalan perubatan lain seperti katil juga semakin tiada menyebabkan ada pesakit terpaksa menerima rawatan di rumah dan mengambil ubatan daripada pasaran gelap yang mana harga satu silinder oksigen boleh mencecah lebih 50,000 Rupee (RM2,747.25) sedangkan harga pasarannya cuma sekitar 6,000 Rupee (RM329.67).

Bekalan Oksigen Kritikal, India Jangka Bakal Catat Kes Harian Setengah Juta 5
Sumber: BBC

Bagi urusan pembakaran mayat pesakit pula, ada keluarga yang terpaksa menunggu giliran sehingga berjam-jam lamanya.

Ramai rakyat India meletakkan kegagalan mengawal keadaan COVID-19 di India pada Perdana Menteri, Narendra Modi selepas Modi menggalakkan jutaan rakyat India untuk menyertai pesta keagamaan Kumbh Mela.

Bekalan Oksigen Kritikal, India Jangka Bakal Catat Kes Harian Setengah Juta 3
Sumber: The Indian Express

Ini ditambah lagi dengan kenyataan salah seorang pemimpin yang menyatakan ‘tiada apa yang boleh dihentikan atas nama COVID-19 kerana kepercayaan kepada Tuhan dapat mengatasi rasa takut terhadap virus’.

Hasilnya jutaan rakyat India turun menyambut kerana percaya festival berkenaan bersih dan selamat untuk dihadiri dan India mengalami gelombang yang lebih parah.

Bekalan Oksigen Kritikal, India Jangka Bakal Catat Kes Harian Setengah Juta 1

Malah India juga dijangka bakal mencatatkan kes harian sebanyak setengah juta dalam masa terdekat.

Sumber:

  1. Time 1
  2. Time 2
  3. BBC