Neelofa Keluarga Dikompaun

Selepas Sebulan Dalam Siasatan, Neelofa Sekeluarga Dikompaun RM60,000

Neelofa Dan Ahli Keluarga Dikompaun RM60,000.

Selepas sebulan dalam siasatan, usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa bersama suami dan 20 ahli keluarga lain dikenakan sebanyak RM60,000 kerana melangggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri.

Usahawan itu dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 tanpa diskaun bagi dua kesalahan iaitu gagal mematuhi SOP di majlis pernikahan beliau dengan suaminya Haris Ismail di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Manakala kompaun RM10,000 lagi dikenakan kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri.

Begitu juga dengan suaminya yang lebih dikenali sebagai PU Riz dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar kebenaran merentas negeri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang pula dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

Neelofa Keluarga Dikompaun

Neelofa dan PU Riz diijabkabul pada 27 Mac lalu di sebuah hotel dalam sebuah acara yang elegan dan eksklusif.

Selang beberapa hari selepas itu, pasangan berkenan dilaporkan berkunjung ke pulau perangina Langkawi yang dimaklumkan mereka atas urusan perniagaan.

Bagaimanapun tular di media sosial foto-foto pasangan berkenaan sedang bersiar-siar di kawasan pelancongan di pulau peranginan itu.

BACA: Pasangan ‘Instafamous’ Rentas Negeri Berbulan Madu Didenda Dan Dipenjara

Sumber: Awani