Filem Rusia ‘Kursk’ Jadi Trending, Adaptasi Tragedi Kapal Selam 5

Filem Rusia ‘Kursk’ Jadi Trending, Adaptasi Tragedi Nahas Kapal Selam Terburuk Dalam Sejarah

Dunia dikejutkan dengan berita tenggelamnya kapal selam milik Indonesia, KRI Nanggala 402 pada kedalaman 839 meter di dasar laut.

Berdasarkan beberapa bukti, pihak Ketua Angkatan Laut (KSAL) percayai kesemua 53 orang kru terkorban dalam tragedi tersebut.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/2244840275649176

Susulan daripada itu, salah satu filem yang berkisarkan mengenai tragedi nahas kapal selam Rusia yang disifatkan sebagai yang terparah di dunia pada tahun 2000 iaitu Kursk (2018) kembali menjadi trending di sosial media.

Filem arahan Thomas Vinterberg yang menampilkan barisan pelakon seperti Matthias Schoenaerts, Lea Seydoux, Colin Firth, Peter Simonischek, August Diehl dan Max von Sydow ini turut diadaptasi berdasarkan buku Robert Moore, A Time to Die.

BACA: Selain KRI Nanggala 402, Ini 5 Tragedi Buruk Kapal Selam Sepanjang Sejarah

Tragedi nahas kapal selam Kursk ini berlaku pada Ogos 2000 tenggelam ke dasar laut Barents selepas melepaskan peluru torpedo semasa latihan.

Tragedi Terburuk Kapal Selam Sepanjang Sejarah

Insiden yang berlaku disebabkan salah satu peluru di dalam kapal selam meletup dan mengorbankan kesemua 118 orang kru kapal terkorban dengan kebanyakan daripada meninggal serta merta, manakala 23 yang lain masih hidup namun terperangkap di kawasan belakang kapal yang mengalami kebocoran.

Filem Rusia ‘Kursk’ Jadi Trending, Adaptasi Tragedi Kapal Selam 1

Ramai percaya 23 anak kapal tersebut mampu untuk diselamatkan namun disebabkan Rusia degil menolak kesemua tawaran bantuan luar yang ditawarkan kepada mereka, tiada siapa terselamat.

Tonton trailer filem Kursk di pautan bawah: