Wanita Imam Doakan Suami Ditimpa Bala

Wanita Minta Imam Masjid Doakan Suami Ditimpa Bala Kerana Cemburu

Minta Imam Masjid Doakan Suami Ditimpa Bala.

Doa seringkali dikaitkan sebagai senjata bagi orang Mukmin. Ia sememangnya dituntut dan menjadi tugas kita sebagai seorang hamba Allah S.W.T untuk membuat permohonan doa berkenaan.

Imam memiliki tanggungjawab dalam hal ehwal agama di masjid atau surau dan bidang tugasnya lebih mencabar yang mana bukan lagi sekadar mengimamkan solat.

Namun begitu, seorang wanita Mesir mengambil kesempatan di atas tugasan imam yang memimpin bacaan doa demi kepentingan peribadinya.

Seorang imam di sebuah masjid di Iskandariah terkejut apabila seorang wanita memintanya berdoa agar suaminya ditimpa bala akibat cemburu.

Malahan, wanita terbabit turut menawatkan 100 pound Mesir (RM26.17) atau lebih sebagai ganjaran jika imam tersebut berdoa seperti yang dipinta.

Menurut sumber tempatan, kejadian berlaku ketika imam terbabit memimpin solat Tarawih. Beliau didatangi seorang kanak-kanak yang membawa nota yang mengandungi mesej daripada ibunya.

Wanita Imam Doakan Suami Ditimpa Bala

“Saya mendengar suara awak ketika solat. Suara awak sangat merdu dan mendayu, seperti Allah SWT akan mendengar doa awak,” tulisnya.

Wanita itu mendakwa suaminya telah mengahwini wanita lain dan meminta untuk mendoakan sesuatu yang buruk dari lubuk hati imam.

“Saya beri awak 100 pound Mesir dan semakin banyak awak mendoakan dia, lebih banyak wang ganjaran awak akan terima.”

Bagaimanapun, tindakan wanita itu hanya mengundang rasa kurang senang imam berkenaan yang kemudian mengambil gambar nota pesanan terbabit dan memuat naik di Facebook miliknya sehingga tular.

Cemburu adalah lumrah dalam kehidupan suami isteri dan kebiasaannya wanita yang banyak dikaitkan dengan sifat sedemikian. Namun, bukan berbuat begini sebagai jalan penyelesaiannya.

Seeloknya, setiap pasangan perlu mengenali serta memahami personaliti masing-masing, mengamalkan sikap tolak ansur demi keharmonian rumah tangga.

BACA: Isteri Jumpa Suami Hilang 3 Tahun, Rupanya Tengah Galak Ber’TikTok’

Sumber: Gulf News