Macam Tahu Ayah Tak Akan Kembali, Video Anak Kru Nahas Kapal Selam KRI Nanggala 402 Undang Sebak 3

Seakan Tahu Ayah Pergi Tak Kembali, Video Anak Kru Kapal Selam KRI Nanggala 402 Undang Sebak

Kapal selam milik Indonesia, KRI Nanggala 402 yang kini dipercayai dalam fasa tenggelam susulan daripada penemuan beberapa barangan yang dipercayai daripada kapal selam itu termasuklah kesan tumpahan minyak, alat yang dipakai kru untuk solat dan pembungkus paip penyejuk.

BACA: Bekalan Oksigen Hanya Bertahan Hingga Sabtu, Ini Kronologi Kehilangan Kapal Selam KRI Nanggala

Barangan yang ditemui di sekitar kawasan pencarian kapal selam yang mana tempoh terakhir bekalan oksigennya pada jam tiga pagi tadi menjadi bukti kukuh KRI Nanggala dalam fasa tenggelam.

Namun satu video yang memperlihatkan salah seorang anak kepada kru, Letftenan Satu (Lettu) Iman Adi yang dikongsi isteri mangsa menjadi tular dan mengundang sebak para netizen.

Macam Tahu Ayah Tak Akan Kembali, Video Anak Kru Nahas Kapal Selam KRI Nanggala 402 Undang Sebak 1

Seakan tahu ayahnya akan pergi tak kembali, kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu menjerit dan menghalang ayahnya untuk bertugas dengan cara ‘mengunci’ mangsa di dalam bilik.

Para keluarga memberitahu tingkah laku itu menghairankan mereka kera sebelum ini anak mangsa tidak pernah berkelakuan sedemikian.

“Yang merekam menantu saya. Saya dikirimi melalui WhatsApp. Biasanya kalau dipamiti ya biasa saja. Kemarin sampai pintunya ditutup, papanya benar – benar tidak boleh pergi.” – Bapa Imam Adi