
Tak Siap Kerja Sekolah Jadi Alasan Cikgu ‘Tibai’ Murid Sampai Cedera
Tak siap kerja sekolah jadi alasan guru tibai murid ini.
Tular di media sosial semalam, seorang pelajar sekolah di Kedah berusia sembilan tahun cedera dirotan gurunya hanya kerana tidak siapkan kerja sekolah yang diberikan pada hari yang sama.

Berkongsi kisah anaknya, Pua Eda Ni turut menunjukkan beberapa bukti kecederaan yang dialami anaknya antaranya bengkak pada tangan dan luka pada dahi serta jari tangan.
https://www.facebook.com/norhidayah.edanimontok/posts/984501609021645
Sudah melaporkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, tindakan melampau guru berkenaan mendapat kecaman daripada masyarakat yang menyokong laporan dibuat.
https://www.facebook.com/norhidayah.edanimontok/posts/984122495726223
BACA: Amalan ‘Spotcheck’ Pelajar Datang Bulan Di Sekolah Adalah Gangguan Seksual
Mengesahkan laporan dibuat, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh seorang wanita berusia 32 tahun berhubung kejadian tak siap kerja sekolah yang berlaku di sebuah sekolah rendah di Kuala Kedah.
Semoga pihak yang terlibat dikenakan tindakan sewajarnya.
Sebelum ini, media pernah melaporkan tiga orang pelajar SMK Taun Gasi Sabah telah memfailkan saman terhadap seorang guru Bahasa Inggeris, Mohd Jainal Jamran kerana didakwa sering ‘ponteng kelas’ mengajar mereka antara Mac hingga November 2017.
Ketiganya (plaintif) melalui firma guaman Tetuan Roxana & Co telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada bulan lalu.
Kes cikgu sekolah disaman berkenaan turut menamakan lima defendan lain termasuklah pengetua sekolah, Ketua Pengarah Pendidikan, Menteri Pendidikan dan kerajaan Malaysia.
Trending now



