Bulan Pernah Hilang Dari Langit Bumi

Bulan Pernah Hilang Dari Langit Selama Bertahun-Tahun Pada Zaman Pertengahan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tahukah anda, pernah berlaku peristiwa yang mana bulan hilang dari langit?

Bulan, merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang lebih besar daripadanya. Bumi misalnya mempunyai sebuah bulan yang berputar dalam tempoh 24 jam, atau sehari, melengkapi siang dan malam.

Banyak kejadian misteri yang sukar untuk dihuraikan pernah berlaku dalam sejarah manusia. Salah satunya, kejadian bulan dilaporkan hilang dari langit seperti yang direkodkan dalam sejarah.

BACA: Saintis Dakwa Bumi Berputar Laju, Tahun 2021 Akan Jadi Lebih Pendek

Menurut para saintis, kejadian itu berlaku pada bulan Mei tahun 1110 iaitu berlaku pada Zaman Pertengahan namun dapat dirungkaikan selepas hampir satu milenium. Peristiwa itu membuatkan penghuni Bumi berada dalam kegelapan selama bertahun-tahun.

Terdapat satu catatan di dalam naskah Peterborough Chronicle yang menggambarkan situasi ketika bulan hilang dari langit,

“Pada malam kelima pada bulan Mei muncul bulan yang bersinar terang di malam hari, dan sesudah itu sedikit demi sedikit cahaya itu berkurang, sehingga, begitu malam tiba, cahaya itu hilang sepenuhnya, cahaya atau bola, atau apa-apa sama sekali tidak kelihatan.”

Sejarawan dahulu percaya bahawa letusan Gunung Berapi Hekla pada tahun 1104, mungkin menjadi punca hilangnya bulan. Namun, para saintis hari ini telah membuktikan bahawa teori itu salah.

Ahli paleoklimatologi, Sebastian Guillet dari University of Geneva Switzerland menyatakan letusan Gunung Berapi Hekla tidak mampu menghasilkan debu untuk menghilangkan bulan selama 16 tahun.

Sebastian dan pasukan penyelidik mengkaji secara terperinci tentang bagaimana fenomena gerhana bulan berlaku di antara 500-1800 Masihi yang mana ia membawa mereka kepada penemuan letusan Gunung Berapi Asama di Jepun.

Persoalan kehilangan bulan itu mungkin disebabkan oleh gabungan beberapa faktor lain yang jarang berlaku – cuaca sejuk, abu gunung berapi dan belerang.

Bulan Pernah Hilang Dari Langit Bumi

Kejadian letusan gunung berapi pada pertengahan tahun 1108 di gunung itu telah membawa kepada kandungan sulfur yang tebal di bahagian atmosfera sehingga menjadikan Bumi gelap.

Para saintis mengkaji dengan teliti kejadian langit gelap gelita yang telah didokumentasikan pada waktu itu.

Mereka mendapati wujud kemungkinan kejadian gerhana bulan yang lama sehingga menghilangkan bulan dari mata kasar manusia.

“Laporan tentang cahaya bulan yang rendah dapat dikaitkan dengan abu gunung berapi yang berada di bahagian stratosfera dan tahap penglihatan (menjadi kurang) akibat dari letusan gunung berapi yang besar,” tulis para penyelidik.

Cuaca di Eropah Barat pada tahun 1109 telah direkodkan “sangat sejuk dan selalu hujan”, suatu keadaan yang mungkin disebabkan oleh kesan global dari letusan gunung berapi.

Bertahun-tahun lamanya manusia menyangka bulan telah hilang, namun sebenarnya ia hanya tersembunyi di sebalik debu gunug berapi dan 1110 tahun juga direkodkan sebagai tahun bencana.

Sumber: Live Science, FMT