Salman Khan Kembali Beraksi Dalam ‘Radhe Your Most Wanted Bhai’ 1

Salman Khan Kembali Beraksi Dalam ‘Radhe: Your Most Wanted Bhai’

Salman Khan merupakan antara pelakon Hindi yang memiliki peminat dari seluruh pelusuk dunia. Bakat lakonannya yang menjadi menyebabkan beliau tersenarai sebagai pelakon yang menerima bayaran tertinggi di sana.

Bakal kembali dengan filem Radhe: Your Most Wanted Bhai, iaitu sekuel kepada filem Wanted (2009) yang merupakan remake kepada filem Korea Selatan The Outlaws.

Salman Khan Kembali Beraksi Dalam ‘Radhe Your Most Wanted Bhai’ 2

Menampilkan Disha Patani, Randeep Hooda dan Jackie Shroff sebagai barisan pelakon utama, filem penuh aksi ini mengisahkan mengenai Radhe, seorang anggota polis yang mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan kes jenayah.

Bakal ditayangkan di pawagam India dan beberapa platform lain, tonton trailer filem ini di pautan bawah: