Radio Tersiar Azan Awal, Perlu Atau Tidak Pendengar Yang Sudah Berbuka Ganti Puasa 3

Radio Tersiar Azan Awal, Perlu Atau Tidak Pendengar Yang Sudah Berbuka Ganti Puasa?

Tersebar satu notis permohonan maaf daripada pihak Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak yang memaklumkan kesilapan mereka melaungkan azan Maghrib tiga minit awal daripada waktu sebenar disebabkan masalah teknikal pada paparan digital masjid.

Dalam notis tersebut, pihak masjid ada meminta para jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari masjid untuk berbuka puasa diminta untuk menggantikan semula puasa kerana telah terbatal.

https://www.facebook.com/AsalGombak/posts/1158661691315834

Menurut Bayan Linnas Siri ke-97 di bawah topik ‘Tersalah Berbuka Puasa Awal Kerana Azan di Radio’, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan cenderung dengan pendapat terbatalnya puasa dan wajib bagi mereka yang tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha.

Ini berdasarkan beberapa hujah:

1. Umum nasAl-Quran Surah Al-Baqarah ayat 187

Maksudnya:

“…dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib);…”

2. Kaedah fiqh menyebut الاصل في كل حادث تقديره بأقرب زمان (Asal bagi sesuatu perkara ditentukan dengan waktu yang paling hampir).

Berbuka puasa yang bukan pada waktunya menyebabkan batal puasa kerana waktu yang hampir dengannya ialah masih lagi belum masuk waktu berbuka yakni perlu terus berpuasa.

Radio Tersiar Azan Awal, Perlu Atau Tidak Pendengar Yang Sudah Berbuka Ganti Puasa 2

3. Ini juga selari dengan kaedah fiqh لا عبرة بلظن البين خطؤه (Tidak diiktibarkan dengan zhan atau sangkaan yang nyata salahnya).

Dalam kes ini, selepas diberitahu waktu Maghrib belum masuk, dan ternyata benar, makan zhan atau ghalabat al-zhan yang berlaku sebelum ini iaitu masuk waktu berbuka telah nyata salah dan silapnya. Maka yang berbuka sebelum waktu hendaklah mengqadakkan puasa yang terbatal itu selepas Ramadhan.

4. Imam Malik menyatakan di dalam al-Muwatta’, 1/303:

Maksudnya:

“Daripada Khalid bin Aslam bahawa Umar Ibn al-Khattab pernah berbuka ketika mendung di petang bulan Ramadhan kerana menyangka saat itu matahari sudah tenggelam. Lalu datanglah seseorang mengkhabarkan bahawa matahari masih ada.

Umar pun berkata: ‘Masalah yang mudah. Kita pun hanya berijtihad”’. Imam Malik menjelaskan pandangannya berkenaan kata-kata Umar iaitu ‘masalah yang mudah’ adalah bermaksud qadha’. Wallahua’lam.”

Pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga menegaskan bahawa dalam era moden ini, boleh dikatakan tidak ada yang tidak mempunyai jam, takwim, mahupun aplikasi dalam telefon pintar yang menyatakan waktu berbuka. Maka sewajarnya kita lebih berhati-hati dan tidak terburu-buru berbuka puasa sebelum disahkan dengan yakin.

Radio Tersiar Azan Awal, Perlu Atau Tidak Pendengar Yang Sudah Berbuka Ganti Puasa 1

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata:

“Dan para ulama sepakat bahawa waktu berbuka adalah apabila telah dipastikan matahari terbenam, baik dengan cara melihatnya mahupun dengan khabar daripada dua orang yang adil”

(Lihat Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 4/199)

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan