Resipi Biskut Raya Simple

5 Resipi Biskut Raya Moden, Pejam Mata Pun Boleh Buat!

Resipi biskut raya moden yang simple dan sedap!

Setiap kali menjelang Aidilfitri, biskut atau kuih raya antara hidangan wajib yang mesti ada atas meja untuk tetamu yang berziarah raya.

Seiring dengan peredaran zaman, biskut raya juga mengalami pelbagai inovasi dari segi resepi dan cara pembuatannya. Antara biskut raya popular dibuat semasa musim perayaan ialah tart nanas, almond london, semperit, mazola dan pelbagai lagi.

Ramai yang kata, orang muda zaman sekarang tidak pandai memasak. Kita bukan tidak pandai memasak, cuma tidak sempat menyediakan biskut raya kerana banyak urusan yang perlu disiapkan.

BACA: Risau Pos Makanan Akan Mudah Rosak Dan Lambat Sampai? Wanita Ini Kongsi Cara Pos Guna Firefly

Nak beli biskut raya tunjuk, takut rasanya tidak sedap pula. Tahu tak, ada beberapa jenis biskut raya moden yang simple, sedap dan sangat senang untuk disediakan?

Pejam mata pun boleh!

Jom lihat resipi di bawah.

1. Choco Ball Milo Nestum

Resipi Biskut Raya Simple
Sumber: Rafidah Rizuan

Bahan-bahan:

1 cawan Milo
1 cawan Nestum
1 cawan mentega kacang (cari yang tanpa gula)
1/2 cawan susu pekat

Cara-cara:

1. Gaul semua bahan hingga sebati dan agak likat agar mudah dibentuk.
2. Kalau agak-agak lembik, boleh tambahan Nestum sedikit demi sedikit.
3. Jika suka, nak tambah kacang tumbuk kasar-kasar pun boleh juga.
4. Bentukkan bulat-bulat ikut saiz yang kita suka. Bentukkan guna tangan saja.
5. Kemudian, masukkan ke dalam cawan kertas kecil.
6. Boleh letak hiasan ikut citarasa masing-masing seperti coklat cip.
7. Akhir sekali, masukkan dalam peti sejuk untuk dikeraskan.

2. Coklat eclairs

Resipi Biskut Raya Simple

Bahan-bahan:
Biskut Marie
Kacang tanah
Susu pekat manis
Coklat masakan

Cara-cara:
1. Hancurkan biskut
2. Kacang tanah disangai dan dibuang kulit, kisar kering.
3. Masukkan susu pekat.
4. Campurkan semua dan bulatkan doh.
5. Celup coklat masakan yang dicairkan. Kemudian letak dalam paper cup.
6. Simpan dalam peti ais sehingga coklat mengeras.

3. Biskut Almond Nip

Resipi Biskut Raya Simple

Bahan-bahan:

1kg Badam cincang
1kg Coklat masakan

Cara-cara:

1. Panggang kacang badam dalam oven selama lebih kurang 20 minit dengan suhu 160 darjah. Boleh balik-balikkan badam tu supaya ia dipanggang dengan sekata. Jika tiada oven, boleh sangai atas kuali atau guna air fryer.

2. Cairkan coklat masakan. Kemudian, ambil badam yang telah disangai atau dipanggang tadi dan campurkan ke dalam coklat yang dah dicairkan. Gaul hingga rata.

3. Masukkan adunan tadi dalam paper cup mengikut kuantiti yang sesuai.

4. Masukkan dalam peti ais selama 2-3 minit untuk coklat mengeras.

4. Biskut munchy’s stripe

Resipi Biskut Raya Simple
Sumber: Rahimah Abd Hamid

Bahan-bahan:

Biskut munchys chocolate wafer
Coklat masakan
Coklat masakan putih

Cara-cara:

1. Cairkan coklat. Masukkan sedikit demi sedikit biskut wafer dalam coklat.
2. Masukkan biskut bersalut coklat tadi dalam paper cup.
3. Biarkan sebentar di luar untuk coklat mengeras.
4. Cairkan coklat putih. Kemudian masukkan dalam plastik.
5. Buat corak atas biskut tadi dengan coklat putih.

5. Biskut jejari coklat

Resipi Biskut Raya Simple
Sumber: Huda Tarmizi

Bahan-bahan:

1 tin susu cair
Coklat masakan
Bread crumbs/ almond nip/ nestum
1 buku roti

Cara-cara:

1. Potongkan roti panjang-panjang. Kemudian, susun rapat-rapat dalam loyang.

2.
Bakar roti tadi dengan suhu 150 darjah menggunakan api atas bawah selama 20 minit.

3. Cairkan coklat. Kemudian, masukkan susu cair ke dalam coklat yang dicairkan tadi dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tahap kemanisan ikut cita rasa masing-masing.

4. Celup roti dalam coklat tadi kemudian salutkan dengan bread crumbs. Boleh ganti dengan almond nip atau nestum.

5. Bakar semula dalam oven dengan suhu 150 darjah menggunakan api atas bawah selama 20 minit.

6. Sudah sejuk, barulah masuk di dalam bekas biskut raya!

Oh ya, biskut ini semua sehari sebelum raya pun sempat lagi nak buat! Selamat mencuba!