Instafamous Dipenjara Didenda Rentas Negeri

Pasangan ‘Instafamous’ Rentas Negeri Berbulan Madu Didenda Dan Dipenjara

Pasangan instafamous yang tular merentas negeri ke Johor untuk berbulan madu dihukum penjara sehari dan masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Ia berikutan atas pertuduhan memberi maklumat bertulis palsu pada bulan lalu. Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 24, yang memakai jubah kelabu manakala suaminya, Azharique Shah Abdul Jalil, 23, berjubah putih dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Instafamous Dipenjara Didenda Rentas Negeri
Sumber: Sinar Harian

Terdahulu, gambar pasangan suami isteri itu tular dalam media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan sehingga dikecam netizen.

Berdasarkan keterangan beserta bukti dikemukan, didapati tiada tindakan diambil terhadap mereka yang mendapat kelulusan rentas negeri untuk urusan perniagaan.

BACA: KKM Cadang Rentas Negeri Sempena Hari Raya Ditangguh

Mereka telah membuat persiapan awal dengan membuat tempahan hotel secara dalam talian pada bulan Disember 2020 untuk menyambut ulang tahun perkahwinan pada 17 Mac 2021.

Sementara itu, PDRM telah mengesahkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja.

Sebagai langkah mengetatkan pergerakan rentas negeri berikutan peningkatan kes baharu, hanya dibenarkan bagi tujuan:

1. Pekerjaan
2. Kecemasan dan kematian (hanya melibatkan ahli keluarga terdekat)
3. Perubatan
4. Pendidikan
5. Pasangan jarak jauh

Manakala, pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan atau apa-apa majlis atau jamuan adalah dilarang.

Sumber: Sinar Harian