Pelajar Matrik Dikompaun

Netizen Bengang Pelajar Matrik Dikompaun RM1,500 Dalam Kolej, Ini Respon Dr Noor Hisham

Pelajar Matrik Dikompaun RM1,500 Dalam Kolej

Sejak Mac lalu, kerajaan telah mewartakan jumlah kesalahan kompaun terbaharu terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan sebanyak RM1,000 hingga RM10,000.

Isu kompaun melanggar SOP ini sering menjadi luahan rakyat kerana dilihat seakan terdapat layanan dua darjat atau double standard yang diterima para menteri dan VIP berbanding dengan rakyat jelata.

Semalam, tular di laman sosial Twitter satu tangkap layar yang memaparkan beberapa pelajar di kolej Matrikulasi Perak dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 selepas dikatakan gagal memakai pelitup muka.

Menurut pemilik akaun Twitter itu, kejadian dipercayai berlaku apabila pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan pemantauan di kafe kolej matrikulasi berkenaan susulan kes keracunan makanan sebelum ini.

Pelajar Matrik Dikompaun
Sumber: Twitter

Bagaimanapun, pemantauan KKM ke premis itu turut membawa kepada tindakan kompaun terhadap pelajar yang berkeliaran di sekitar kawasan itu yang gagal mematuhi SOP ditetapkan.

“Beberapa pegawai KKM masih berada di kawasan kafe sekitar 3:30 pm sehingga 5:00 pm. Kebanyakan student habis kelas jam 4:00 pm, dari kelas ke blok kediaman siswa atau ke kafe untuk beli makanan berbuka puasa.”

“Salah seorang rakan saya baru balik dari kelas memakai pelitup muka sambil berjalan dari blok akademik ke kafe. Namun disebabkan cuaca panas, semasa turun tangga ke kafe, dia telah menurunkan pelitup muka ke bawah disebabkan tak cukup nafas.”

“Lalu telah dipanggil pihak KKM dan terus dikenakan tindakan kompaun tanpa sebarang budi bicara mahupun teguran atau amaran dari KKM,” katanya di laman Twitter.

Pelajar Matrik Dikompaun
Sumber: Twitter

Pelajar Matrik Dikompaun

Difahamkan, pelajar lain yang turut berada di kolej itu mengatakan pihak KKM telah memesan kepada para pelajar untuk sentiasa mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka di tempat awam.

Susulan tindakan petugas KKM itu sekali gus mengundang kemarahan netizen dan meminta pihak berwajib untuk memberi penjelasan berkenaan isu tersebut.

Malahan, pelajar-pelajar di situ dikatakan tidak pernah keluar dari matrikulasi hampir lima bulan melainkan para pensyarah dan kakitangan kolej susulan pandemik COVID-19.

Jika benar dikompaun sekalipun, jumlah itupun sudah melebihi elaun pelajar untuk enam bulan.

Isu ini turut mendapat perhatian beberapa ahli politik dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham menjelaskan, siasatan segera sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

BACA: Tak Pakai Pelitup Muka Dan Jaga Jarak Fizikal, Pengemis Berdepan Kompaun RM10,000?