10

Teruja Gunung Berapi Meletus Lepas 800 Tahun ‘Tidur’, Penduduk Siap Masak Sosej Gunakan Haba Lava

19 Mac lalu, satu gunung berapi kira-kira 25 batu dari Reykjavik, Iceland dilaporkan meletus setelah 800 tahun berada dalam keadaan ‘tidur’.

Orang ramai yang berada di kawasan berdekatan seakan teruja dengan kejadian alam itu telah menghampiri kawasan letusan dan mengambil gambar lava yang mengalir.

Teruja Gunung Berapi Meletus Lepas 800 Tahun, Penduduk Ramai-Ramai Keluar Berswafoto 1
Kredit: Matthew Eisman

Malah ada antara mereka yang secara dekat menghampiri kawasan letusan untuk berswafoto dan bergambar.

Yang paling ekstrem ada yang bergambar tanpa seurat benang dan melakukan cubaan memasak sosej menggunakan lava.

9
Kredit: Cat Gundry-Beck

Berikut merupakan beberapa gambar yang menunjukkan situasi keadaan orang ramai semasa kejadian berlaku:

Teruja Gunung Berapi Meletus Lepas 800 Tahun, Penduduk Ramai-Ramai Keluar Berswafoto 4
Kredit: Sophia Groves

 

Teruja Gunung Berapi Meletus Lepas 800 Tahun, Penduduk Ramai-Ramai Keluar Berswafoto 3
Kredit: Jeremie Richard/AFP

 

Teruja Gunung Berapi Meletus Lepas 800 Tahun, Penduduk Ramai-Ramai Keluar Berswafoto 2
Kredit: Jeremie Richard/AFP

 

 

6
Kredit: Sophia Groves

 

5
Kredit: Cat Gundry-Beck/Reuters

Pada tahun 2018, pihak Royal Geograhic Society UK memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambil risiko yang tidak perlu semata-mata ingin memenuhi keinginan merakamkan kejadian alam tersebut.

Ini kerana ianya mendatangkan risiko termasuklah gas berbahaya, ketulan batu lava yang berada di udara selain daripada aliran lava yang berkemungkinan mengalir dengan lebih cepat daripada jangkaan.