Cara Dapatkan Diskaun Saman JPJ Sehingga 70% 2

Cara Tebus Diskaun Pembayaran Saman JPJ Sehingga 70%

Mulai 13 April lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) memaklumkan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun JPJ yang ke-75, pihak mereka akan menawarkan diskaun sehingga 70%.

https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/posts/10159369405422421

Tempoh diskaun yang dilanjutkan sehingga 11 Jun 2021 ini boleh dibayar menerusi tiga cara iaitu:

  1. Kaunter
  2. Kiosk
  3. Portal JPJ
  4. Aplikasi JPJ Mobile
  5. Saluran lain seperti MyEG

Untuk membuat semakan saman JPJ secara dalam talian, anda boleh layari laman jpj.gov.my dan masukkan pilihan carian serta kategori ID untuk melihat senarai saman yang anda miliki.

Cara Dapatkan Diskaun Saman JPJ Sehingga 70% 1

Atau anda juga boleh semak dan lakukan pembayaran di mySIKAP.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, seramai 3.5 juta saman aktif yang dikenal pasti sejak 2010 hingga tahun ini.

Sebelum ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menawarkan pembayaran saman dengan diskaun sehingga 50% kepada pesalah trafik.