Angkasawan Jadi Kanibal

Angkasawan Dibenar Jadi Kanibalisme Jika Bekalan Tak Cukup

Angkasawan Dibenar Jadi Kanibal Jika Bekalan Tak Cukup.

Selain meneroka dan mengkaji misteri di Bumi, manusia juga tertarik untuk menjelajah di angkasa lepas terutama planet Marikh.

Ini disebabkan kemungkinan pengkaji mempercayai planet berwarna merah itu mampu dijadikan ‘alternatif’ tempat tinggal atau berpotensi untuk dihuni satu masa nanti apabila bumi tidak lagi relevan untuk didiami.

Maka, terciptalah kru kapal angkasa yang dikenali sebagai angkasawan untuk melakukan misi dan kajian di alam semesta yang sangat luas ini.

Pelbagai program penjelajahan angkasa dilakukan untuk mengkaji tentang segala khazanah di angkasa. Antara program yang dijalankan ialah Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (International Space Station) dan program koloni planet Marikh.

Selama beratus-ratus angkasawan telah pergi ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa sejak 60 tahun lalu, dipercayai 21 angkasawan telah kehilangan nyawa mereka.

Namun, agensi angkasa lepas masih bersiap sedia dengan misi penghantaran manusia pertama ke Planet Marikh dan bilangan kematian dijangka akan meningkat.

Apa yang berlaku pada jasad angkasawan yang mati di angkasa lepas?

Di Bumi, bakteria-bakteria dalam badan akan makan sel-sel badan kita yang telah mati. begitu juga dengan bakteria dalam tanah yang akan menghancurkan badan kita.

Tetapi di angkasa, bakteria-bakteria ini tidak dapat hidup kerana keadaan yang kurang sesuai.

Angkasawan yang meninggal dunia tidak berlaku proses pereputan cepat seperti di Bumi. Mereka seolah-olah ‘dimumiakan’ ketika berada di angkasa lepas dan dibiarkan terapung di ruang atmosfera.

Ia turut memakan masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum mayat dikembalikan ke Bumi.

Angksawan Jadi Kanibal

Angkasawan perlu jadi kanibal demi survival

Bagaimanapun, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dilaporkan membenarkan rakan angkasawan yang mati di angkasa lepas dijadikan makanan anak kapal lain.

Ia berikutan misi penjelajahan di planet Marikh akan datang mungkin menghabiskan sekurang-kurangnya tujuh bulan di dalam kapsul, suatu perjalanan yang belum pernah dilakukan oleh manusia. Mereka perlu bersiap sedia berdepan persekitaran buruk yang belum diketahui manusia.

BACA: Daftar Nama Anda Sekarang Untuk ‘Sertai’ Misi 2026 NASA Ke Marikh

Jika salah seorang mati ketika dalam misi dan terjadinya situasi paling buruk misalnya kekurangan bekalan makanan, maka mereka dibolehkan memakan rakan angkasawan yang tidak lagi bernyawa itu.

Seperti kata Ketua Pegawai Eksekutif Space X, Elon Musk,”sekiranya ingin pergi ke Marikh, bersiap sedialah untuk mati”.

Sumber: News24