Pulau Baharu Muncul Selepas Ribut

Pulau Baharu Timbul Selepas Cuaca Ribut

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lazimnya, kejadian pulau baharu yang timbul dikaitkan dengan letusan dari dasar laut yang berlaku di kawasan terdedah gempa dan aktiviti vulkanik.

Misalnya yang pernah berlaku di kepulauan Tonga pada tahun 2019 yang telah menenggelamkan sebuah pulau dan menghasilkan pulau baharu yang saiznya tiga kali ganda lebih besar.

Baru-baru ini gempar di Indonesia apabila sebuah pulau kecil timbul di daerah Loaholu di Nusa Tenggara Timur pada 14 April lalu.

Ia berikutan cuaca ribut dan angin kencang yang dinamai Taufan Tropikal Seroja melanda sekitar rantau Nusantara termasuk kawasan terbabit.

BACA: Kejadian Hujan Lebat Dan Ribut Hingga Dinding Kaca Bangunan Pecah Tanda Cuaca Malaysia Makin Ekstrem

“Terdapat daratan yang secara tiba-tiba muncul di tengah lautan. Kami akan lakukan kajian terhadap pulau ini,” kata Gabenor Nusa Tenggara Timur, Josef Nae Soi.

Pulau Baharu Muncul Selepas Ribut

Menurut sumber, kejadian itu masih lagi dikaji oleh pihak berwajib tempatan, sama ada kemunculan pulau baharu itu disebabkan cuaca ribut atau tidak.

Kemunculan pulau baharu ini menjadi tanda tanya ramai pihak. Penduduk tempatan di sekitar situ mengambil peluang melawat pulau berpasir dengan keluasan diameter kira-kira 500 meter itu.

Fenomena ini juga menarik perhatian geologi, salah satu teori munculnya pulau baharu itu adalah disebabkan ombak besar beserta puting beliung yang terhasil daripada Taufan Seroja.

Ada juga yang mengatakan putaran angin kencang telah menciptakan satu lohong sehingga sedimen pada dasar laut terangkat ke atas dan membentuk pulau baharu.

Sumber: Kompas