Falcon Pictures Keluarkan Pandang Pertama Eksklusif Filem Biografi ‘Buya Hamka’ 6

Falcon Pictures Keluarkan Pandang Pertama Eksklusif Filem Biografi ‘Buya Hamka’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pandang pertama filem biografi Buya Hamka.

Hamka atau nama sebenarnya Prof Dr H. Abdul Malik Karim Amrullah merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia intelektual.

BACA: Netflix Menayangkan Filem Rabun, Mukhsin Dan Talentime Arahan Pengarah Popular Yasmin Ahmad

Dikenali sebagai pemikir, budayawan, sasterawan dan ulama malah pejuang, Hamka yang mesra dipanggil Buya ini terkenal dengan kepelbagaian nilai.

Menghargai jasa-jasa beliau, bermula daripada gagasan Din Syamsuddin, Ketua Majlis Ulama Indonesia, naskhah Buya Hamka mengenai tokoh ini direalisasikan ke kaca panggung oleh Starvision Plus bersama Falcon Pictures.

Pandang Pertama Filem Biografi ‘Buya Hamka’ 3

Membariskan pelakon-pelakon hebat Indonesia  filem biografi Buya Hamka seperti Vino G. Bastian sebagai Hamka,Laudya Cynthia Bella, Desy Ratnasari, Donny Damara dan Ayudia Bing Slamet, filem dijangka akan ditayangkan pada tahun ini selepas skripnya mula ditulis pada 2014 dan pengumuman barisan pelakonnya diumumkan pada Mac 2019.

Pandang Pertama Filem Biografi ‘Buya Hamka’ 1

Pandang pertama eksklusif daripada Falcon Pictures:

https://www.instagram.com/p/CNmbSGkBU1b/

https://www.instagram.com/p/CNmbNEThCy5/

https://www.instagram.com/p/CNmbEE_hD2D/

https://www.instagram.com/p/CNmbIfphoG-/

https://www.instagram.com/p/CNmbJsxhEBK/

Belum lagi ada tarikh tayangan di Indonesia, sama-sama kita nantikan pengumuman daripada Falcon Pictures.

Buat peminat filem dan drama dari seberang, pastinya nama Reza Rahadian bukanlah satu nama yang asing. Mendapat jolokan sebagai pelakon nombor satu Indonesia, ada beberapa filem lakonan beliau yang wajib anda tonton.

Antaranya:

1. Habibie & Ainun (2012)

Dihasil berdasarkan buku bestsellerHabibie dan Ainun yang ditulis Presiden Indonesia ke-3, Baharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) mengenai isterinya, Hasri Ainun Habibie, filem Habibie & Ainun (2012) yang menggandingkan Reza bersama Bunga Citra Lestari mendapat pujian ramai termasuklah BJ Habibie sendiri.

2. Tenggelamnya Kapal Van de Wijck (2013)

Walaupun watak yang diberikan kepada Reza dalam filem Tenggelamnya Kapal Van de Wijck (2013) bukanlah watak utama, namun harus diakui impak wataknya sebagai Aziz, abang sulung kepada rakan Hayati iaitu Khadijah, Aziz jatuh cinta dan bersaing dengan Zainuddin untuk mendapatkan cinta Hayati memang besar kepada penonton.

3. Kapan Kawin? (2015)

Menjadi Satrio, seorang pelakon teater yang dibayar untuk berpura-pura sebagai kekasih Dinda (lakonan Adinia Wirasti) selepas Dinda asyik didesak ibu bapanya dengan pertanyaan ‘kapan kawin?’