KKM Cadang Rentas Negeri Sempena Hari Raya Ditangguh 1

KKM Cadang Rentas Negeri Sempena Hari Raya Ditangguh

Akhir Mac lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil kira pandangan pakar kesihatan awam sebelum memuktamadkan masa yang sesuai untuk membenarkan perjalanan rentas negeri dengan merangkumi enam petunjuk:

Penjawat Awam Palsukan Surat kebenaran Rentas Negeri

    1. situasi kes positif harian
    2. kes sembuh dan discaj
    3. trend dan kadar kebolehjangkitan
    4. kadar jumlah kematian
    5. keupayaan katil dan unit rawatan rapi (ICU)
    6. situasi semasa petugas kesihatan

Yang mana tarikhnya dijangka berlaku pada minggu kedua Aidilfitri, selepas majoriti kumpulan rentan menerima suntikan vaksin.

BACA: Cadangan: ‘Rentas Negeri Dibenarkan Selepas Minggu Kedua Aidilfitri’

Namun hari ini, pihak KKM menerusi Dr Adham Baba mencadangkan rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguhkan.

Malah bazar Ramadan turut ditutup sekiranya terdapat jangkitan dipercayai daripada aktiviti bazar.