Featured Image Hilang Tanpa Unsur Jenayah, Polis Temui Bukti Kaitkan Suspek Utama Dalam Penculikan Maddy Selepas 14 Tahun

Polis Temui Bukti Kaitkan Suspek Utama Dalam Misteri Kehilangan Maddy Selepas 14 Tahun

Kehilangan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun semasa bercuti bersama keluarganya pada Mei 2007 yang sehingga kini tidak dapat diselesaikan sentiasa menjadi sebutan warga internet kerana misteri dan teori yang berkisar mengenainya.

Hilang Tanpa Unsur Jenayah, Polis Temui Bukti Kaitkan Suspek Utama Dalam Penculikan Maddy Selepas 14 Tahun 1
Maddy.

Kronologi bermula apabila Madeleine McCann (Maddy) yang ditinggalkan bersendirian di sebuah bilik apartmen yang disewa ibu bapanya didapati secara tiba-tiba ghaib tanpa sebarang unsur jenayah.

Beberapa teori muncul atas kehilangannya termasuklah yang melibatkan keluarga Maddy:

Hilang Tanpa Unsur Jenayah, Polis Temui Bukti Kaitkan Suspek Utama Dalam Penculikan Maddy Selepas 14 Tahun 2
Ibu dan bapa Maddy.
  1. Ibu bapa Maddy terlibat dalam penculikan tersebut – merancang kehilangan Maddy selepas Maddy didakwa meninggal dunia dalam penjagaan mereka
  2. Selepas kehilangan Maddy, ibu dan bapanya melancarkan satu kempen meminta derma orang awam atas alasan tidak berpuas hati dengan siasatan pihak polis

Anak sulung daripada tiga beradik itu didapati hilang dan beberapa suspek dinamakan antaranya Robert Murat, seorang perunding hartanah yang pada awalnya dinamakan sebagai lelaki misteri yang dilaporkan mendukung seorang kanak-kanak perempuan seiras Maddy keluar daripada apartmen namun beliau dibebaskan selepas tiada bukti yang dapat mengaitkan dengan kehilangan Maddy.

BACA: Dari Padang Bola Ke Jeriji Besi, Kisah Jenayah Aaron Hernandez Kini Di Netflix

Suspek utama lain yang menjadi perhatian pihak polis ialah Christian B., yang kini sedang menjalani perintah penjara atas salah guna dadah dan jenayah merogol seorang wanita berusia 72 tahun.

Hilang Tanpa Unsur Jenayah, Polis Temui Bukti Kaitkan Suspek Utama Dalam Penculikan Maddy Selepas 14 Tahun 3
Christian B.

Jun 2020, pihak polis Jerman dan UK membuat permohonan baharu untuk meneruskan siasatan atas kehilangan Maddy yang mana ada bukti mengatakan beliau turut berada di kawasan Maddy terakhir dilihat.

Pada ketika itu, biarpun pihak pendakwa raya mengatakan mereka ada bukti yang membawa kepada kepercayaan dengan Christian, tetapi ianya tidak cukup kuat untuk membawanya ke pangadilan.

Bagaimapun beberapa hari lalu, pihak pendakwa yang terlibat dalam kes kehilangan Maddy yang tidak dapat dipastikan sama ada masih hidup atau pun sudah meninggal dunia mendedahkan mereka menemui bukti kukuh memory sticks yang diisi dengan 8,000 fail yang mana boleh dikaitkan dengan Christian.

Bukti berkenaan ditemukan semasa mereka menyiasat kes kehilangan seorang kanak-kanak lima tahun, Inga Gehricke yang mana berjaya menemukan baju mandi kanak-kanak perempuan serta beberapa peralatan penderaan kanak-kanak milik Christian B.

Kes jenayah yang kini disiasat secara kelajuan penuh ini diabadikan dalam satu dokumentari: The Disapperance of Madeleine Mccann yang sudah pun berada di platform penstriman dalam talian Netflix.

Tonton trailer dokumentari ini di pautan bawah: