Filem Drama Melayu Arahan Budak Ijat Yang Menarik Untuk Ditonton Sepanjang Ramadan 4

7 Drama Melayu Arahan Budak Ijat Yang Menarik Untuk Ditonton Semula Sepanjang Ramadan

Masuk sahaja bulan Ramadan, ada beberapa filem atau drama Melayu yang termasuk dalam senarai menarik untuk ditonton.

BACA: Geng Plastik Hitam Kembali Lagi Dalam ’18 Puasa

Selain daripada berfungsi sebagai hiburan, filem atau drama dengan tema Ramadan ini banyak memberikan pengajaran dalam bentuk yang santai.

Sempena bulan Ramadan ini, kami senaraikan tujuh filem atau drama Melayu yang boleh anda tonton semula arahan Budak Ijat atau nama sebenarnya Shahrulezad Mohameddin yang terkenal dengan karya-karyanya yang memikat penonton:

Filem Drama Melayu Arahan Budak Ijat Yang Menarik Untuk Ditonton Sepanjang Ramadan 3

1. Nur & Nur 2

Drama yang memfokuskan pada dua golongan iaitu golongan pendosa dan golongan beriman daripada kaca mata masyarakat mendapat perhatian meluas bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia dan negara serumpun yang lain.

2. 7 Ramadan

7 Ramadan mengisahkan mengenai Sufiah, seorang wanita yang sanggup membuat apa sahaja yang termampu demi menyara kehidupan beliau bersama anak angkatnya, Ramadhani.

Namun Dhani yang bosan hidup dalam kemiskinan mula lupa diri sehingga sanggup melukakan hati Sufiah.

Filem Drama Melayu Arahan Budak Ijat Yang Menarik Untuk Ditonton Sepanjang Ramadan 1

3. Ramadan Yang Hilang

Mengisahkan konflik antara dua beradik angkat bermula daripada zaman kanak-kanak sehinggalah dewasa.

Namun setiap kali tiba bulan Ramadan, tradisi makan bersama keluarga tidak dilupakan.

Filem Drama Melayu Arahan Budak Ijat Yang Menarik Untuk Ditonton Sepanjang Ramadan 2

4. Ramadan Terakhir

Mengisahkan mengenai seorang usahawan berjaya, Hisham yang berusaha membimbing anak dan isterinya kembali ke pangkal agama.

Dalam tempoh masa sebulan yang beliau ada disebabkan penyakit kansernya, Hisham cuba memperbetulkan segalanya namun perubahannya dipandang sinis.

5. Syurgamu Ramadhan

Syurgamu Ramadhan mengisahkan mengena seorang wanita, Marlia yang lebih rela berkahwin dengan pendatang daripada diikat menjadi isteri kepada calon ibunya, Datuk Halimatun.

Biarpun hidup sederhana, Marlia bahagia bersama suami dan anak-anaknya. Namun nasib malang menimpa keluarga kecil tersebut apabila Marlia dan suaminya meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri.

Anak-anaknya hilang tempat bergantung.

6. Cari Aku di Syurga

Dilakonkan oleh Janna Nick dan Aeril Zafril, setiap episod drama ini tidak dinafikan berjaya membuat penonton beremosi.

Kisah perjodohan antara Lisa, anak orang kaya dan Ariff yang tidak diterima, membawa kepada plot melarikan diri dari rumah sehinggalah berjumpa dengan Anas, seorang pemuda kampung yang miskin.

7. Seputeh Qaseh Ramadan

Dilakonkan pelakon lagenda, Eja, Seputeh Qaseh Ramadan mengisahkan mengenai seorang wanita, Qaseh yang terpaksa hidup melarat dek kerana perkahwinan bersama suaminya, Ridhwan tidak direstui.

Nasib semakin malang apabila suaminya terlibat dengan dadah dan beliau sendiri tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup akibat sakit kanser paru-paru yang dihadapinya.

Sumber: Shahrulezad Mohameddin