Taktik Majikan Lapor Pekerja Asing

Taktik Majikan Lapor Pekerja Asing Ke Jabatan Imigresen Untuk Elak Bayar Gaji Wujud Sejak 30 Tahun Lalu

Taktik Majikan Lapor Pekerja Asing Ke Jabatan Imigresen Untuk Elak Bayar Gaji Wujud Sejak 30 Tahun Lalu.

Senario majikan bersikap lepas tangan terhadap golongan pekerja asing sudah lama membarah di Malaysia.

Sejak penularan wabak COVID-19 di Malaysia, sering sahaja timbul laporan mengenai majikan yang tergamak mengabaikan kebajikan pekerja mereka terutama warga asing yang dilayan umpama hamba abdi.

Baru-baru ini juga tular mengenai sebuah video berdurasi 11 saat yang dimuat naik oleh Bernama TV mengenai penahan sejumlah pekerja asing yang bekerja di tapak binaaan kondominium di Setapak, Kuala Lumpur.

Serbuan yang dilakukan Jabatan Imigresen terhadap pekerja asing terbabit didakwa hasil laporan majikan sendiri bagi mengelak daripada membayar gaji selepas projek bermula atau telah siap.

https://www.facebook.com/BernamaTV/posts/4155778321109027

Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat secara terperinci sekiranya benar wujud dakwaan berkenaan.

Bukan taktik baharu

Memetik sumber FMT, aktivis mengatakan taktik majikan membuat laporan terhadap pekerja asing kepada Jabatan Imigresen bagi mengelak membayar gaji pekerja bukanlah perkara baharu. Taktik ini sudah sekian lama digunakan sebagai gadaian dalam meminumkan kos perniagaan.

Taktik Majikan Lapor Pekerja Asing

Kes begini sudah wujud sejak 1990-an dan turut terbabit dalam beberapa kes pada pertengahan 2000, menurut kenyataan ahli Majlis Perdagangan Manusia Selangor, Adbul Aziz Ismail.

Kebanyakan syarikat yang melakukan taktik begini adalah dalam sektor pembinaan dan perladangan.

Katanya, dalam kes tersebut, ada pekerja yang sudah bekerja lebih 10 bulan tidak dibayar gaji kemudian majikan majikan membiarkan pekerja terbabit ditahan dan ditangkap bagi mengelak membayar gaji tertunggak.

Syarikat begini juga akan ‘mengitar’ pekerja dengan cara menukar kuota mereka. Selepas sebahagian ditahan, mereka berhubung dengan ejen pengambilan pekerja untuk menggantikan mereka.

Bukan itu sahaja, terdapat juga dakwaan kejadian rasuah di antara mereka yang terlibat dalam pemberian pas antara ejen pekerja kerana jumlah perolehan penggantian pekerja yang tinggi membolehkan mereka mengurangkan bayaran yang diperlukan ketika memohon permit.

BACA: SPRM Dedah Wujud Rasuah Dalam Urusan Pengambilan Pekerja Asing

Dalam hal ini, pengarah eksekutif kumpulan hak Tenaganita, Glorene Das melihat perlunya sistem pengambilan pekerja dinilai semula.

Selain itu, hukuman berat turut dikenakan bukan hanya kepada majikan tetapi ‘mereka yang berkepentingan besar’ yang bertanggungjawab ke atas amalan tidak bermoral itu.

Kena ingat, pekerja asing ini duta kecil negara mereka, jika mereka melalui pengalaman teruk seperti ini di Malaysia sudah tentu ia menjejaskan imej kita terutama dari sudut hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

Sumber: FMT