
Dilarang Agih Makanan Terus Kepada Gelandangan Sepanjang Ramadan, Tindakan Kepada Yang Ingkar
Agih makanan pada bulan Ramadan ke gelandangan.
Bila tiba bulan Ramadan, pastinya ramai pihak berlumba-lumba untuk membuat kebaikan termasuklah mengagihkan makanan kepada pihak yang memerlukan seperti gelandangan.
BACA: Ganti Minuman Keras Dengan ‘Hand Sanitizer’, Lihat Apa Yang Berlaku Pada Kumpulan Gelandangan Ini
Namun Ramadan kali ini berbeza apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan larangan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu untuk mengagihkan sumbangan makanan kepada gelandangan secara terus di sekitar bandar raya.
Antara lokasi hotspot yang sering menjadi tumpuan agihan makanan ialah Masjid Jamek, Pasar Seni dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Langkah berkenaan dilaksanakan bagi mengelak berlakunya pembaziran dan kekotoran selain daripada mengekang penularan wabak COVID-19.
Persekitaran kotor yang terhasil daripada lambakan sisa makanan itu menimbulkan gangguan, ketidakselesaan kepada pemilik premis seterusnya menunjukkan persepsi negatif masyarakat terhadap DBKL.
Namun pihak yang masih berhasrat memberikan sumbangan bolehlah melalui Pusat Trabsit Gelandangan Kuala Lumpur Jalan Pahang. Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tunku atau pun Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit.
Anda juga boleh menghubungi talian 03-26176321 untuk jadial pengagihan.
Jika ingkar dengan agih makanan gelandangan pada bulan Ramadan, tindakan penguatkuasaan boleh dikenakan.
Untuk gandakan pahala sepanjang Ramadan apa kata anda gunakan aplikasi ini.
Bila tiba bulan Ramadan, ramai yang berlumba-lumba melakukan kebaikan disebabkan mahu merebut ganjaran pahala berganda. Bulan Ramadan bukan sahaja mengajar umat Islam menahan lapar dan dahaga, tetapi juga merupakan bulan muhasabah diri.
Dalam bulan Ramadan, kita cuba memperbaiki diri menjadi lebih baik sama ada daripada segi rohani atau jasmani. Dengan penggunaan telefon bimbit masa kini yang menjadi keperluan, Google telah senaraikan beberapa aplikasi yang boleh anda muat turun bagi ‘menggemukkan’ pahala anda sepanjang bulan mulia ini.
BACA: Senarai Aplikasi Untuk Anda Gandakan Ganjaran Pahala Sepanjang Ramadan
Sumber: Harian Metro
Trending now



