Wanita Ini Sanggup Bayar Lebih RM40,000 Untuk Arca Oksigen Yang Tak Kelihatan 2

Wanita Ini Sanggup Bayar Lebih RM40,000 Untuk Arca Oksigen Yang Tak Kelihatan

Setiap orang memandang seni dalam pandangan yang berbeza. Nilainya yang terlampau abstrak menjadikan seni adalah sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan.

Seperti yang berlaku pada tahun 2011, seorang wanita yang tidak mahu dikenali sebagai telah membeli satu kerja seni hasil James Franco iaitu tangki oksigen yang diberi nama ‘Fresh Air‘.

Wanita Ini Sanggup Bayar Lebih RM40,000 Untuk Arca Oksigen Yang Tak Kelihatan 3
Sumber: @sublimegalleria

Yang menariknya, karya seni James ini hanya boleh dilihat beliau.

Penonton tidak akan dapat melihat hasil karya berkenaan kerana ianya merupakan salah satu hasil karya yang dihasilkan di bawah projek ‘Muzium Seni Tidak Kelihatan’ yang membawa karya seni kepada satu tahap baharu.

Dalam erti kata mudahnya, konsep seni projek ini ialah karya seni yang hanya di imaginasi artis dan tidak wujud secara fizikal.

Jadi apabila ada yang membelinya, karya seni berkenaan akan diberikan dalam bentuk ‘kad’ yang dibingkaikan.

Wanita Ini Sanggup Bayar Lebih RM40,000 Untuk Arca Oksigen Yang Tak Kelihatan 1
Sumber: Getty Images

Semasa ditanya mengapa karya seni yang hanya wujud dalam imaginasi pelukis itu dibeli, wanita berkenaan memberitahu ianya adalah pertukaran idea dan impian dalam mata wang Ekonomi Baharu.