Perbezaan Wilayah Sabah Sarawak Dan Wilayah Persekutuan

Sabah Dan Sarawak Digelar Wilayah? Ini Perbezaan Negeri, Wilayah Dan Wilayah Persekutuan

Tular berhubung pertukaran penggunaan istilah daripada negeri ke wilayah untuk Sabah dan Sarawak, menurut laporan Awani status tersebut belum dapat dipastikan kesahihannya.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengalukan-alukan penggunaan terma ‘wilayah’ ke atas Sabah dan Sarawak.

Ia berikutan sebuah portal berita melaporkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang melaksanakan pertukaran nama cawangan bagi semua agensi di bawahnya di Sabah dan Sarawak.

Penukaran terma wilayah itu juga selepas lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sarawak baru-baru ini dan beliau menyatakan bahawa Sabah serta Sarawak bukan negeri tetapi lebih tinggi yang disebut sebagai wilayah.

Perbezaan Wilayah Sabah Sarawak Dan Wilayah Persekutuan
Sumber: Malaysian Update

Apa beza terma Wilayah untuk Sabah dan Sarawak dengan Wilayah Persekutuan?

Isu pertukaran penggunaan istilah terbabit turut menjadi tanda tanya sebahagian rakyat di sini.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negeri bermaksud daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll). Selain itu negeri juga beerti daerah yang di bawah perintah seorang sultan atau gabenor.

Wilayah bermaksud sesuatu kawasan yang menjangkau dua atau lebih kawasan pentadbiran. Menurut Akta Perancangan Bandar dan Desa, Akta 172, wilayah terdiri dari dua negeri atau lebih.

Manakala maksud wilayah persekutuan pula ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Apa yang perlu kita faham dengan pertukaran terma wilayah kepada Sabah dan Sarawak?

1. Terma wilayah kepada Sabah dan Sarawak adalah satu istilah yang berbeza dengan negeri-negeri di Semenanjung.

2. Imbas kembali sejarah penubuhan Malaysia, Sabah dan Sarawak sememangnya sebuah wilayah.

3. Penukaran itu merujuk kepada tentang perkongsian sama taraf dengan Semenanjung atau seluruh negeri Timur Malaysia.

4. Pengiktirafan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah tidak sama maksud dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Dalam erti kata lain, Wilayah Persekutuan Labuan lebih rendah daripada negeri tetapi Sabah lebih tinggi dari negeri di Semenanjung dalam konteks penubuhan Malaysia.

5. Wilayah Persekutan dikawal selia Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan setiap wilayah ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi Kuala Lumpur, Perbadanan Labuan (Labuan) dan Perbadanan Putrajaya (Putrajaya).

Secara ringkasnya, jika sahih pertukaran terma ini, Malaysia adalah sebuah negara persekutuan yang ada 11 negeri, dua wilayah dan tiga wilayah persekutuan.

Perbezaan Wilayah Sabah Sarawak Dan Wilayah Persekutuan
Sumber: Twitter

BACA: Apa Beza Bandar Dan Bandar Raya?