Tampar ‘Rider’ foodpanda, FB Page Kedai Teruk Diserang 5

Tampar ‘Rider’ foodpanda, FB Page Kedai Makan Ini Teruk Diserang Netizen

Semalam, tular video seorang pemandu foodpanda yang ditampar seorang pemilik kedai makan sehingga mencetuskan pertengkaran sehingga terpaksa dileraikan orang awam berdekatan.

 

Video yang mula disebarkan menerusi Facebook Group Warga Kota Damansara sudah tersebar sehingga empunya kedai teruk dikritik netizen yang berang dengan tindakan tuan kedai.

Dalam kenyataan di media sosial, ada yang mendedahkan disebabkan pesanan yang masuk terlampau banyak, rider terpaksa menanti dengan lebih lama.

Tampar ‘Rider’ foodpanda, FB Page Kedai Teruk Diserang 1

Malah, ruangan komen Facebook Page kedai berkenaan turut diserang netizen yang tidak berpuas hati yang turut menasihati mangsa supaya melakukan laporan polis.

Tuan kedai tampar rider foodpanda ‘ditazkirah’

Terpalit lagi isu lain