Selipar Mesra Muslim Neelofa

“Mana Ciri Mesra Muslimnya?” -Netizen Persoal Produk Selipar Fipper X TheNoor

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa baru sahaja melancarkan produk terbaharu menerusi jenama aplikasi gaya hidup Muslim komprehensif miliknya, berkolaborasi dengan jenama kasut popular di sini, Fipper X TheNoor.

Pelancaran tersebut telah diadakan pada 5 April lalu dan pengantin baharu itu juga telah memuat naik info mengenai produk selipar berkenaan di laman media sosialnya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram Stories Neelofa, selipar kolaborasi TheNoor itu didatangkan dengan empat warna, dengan spesifikasi rekaan anti licin, ringan dan memiliki rekaan tapak kaki yang melekat serta melindungi bahagian kaki.

Walau bagaimanapun, salah satu ciri yang menjadi perhatian netizen apabila selipar berkenaan turut dilabel ‘muslim friendly’.

Selipar Mesra Muslim Neelofa

Perkara itu membuatkan ramai tertanya-tanya apakah makna dan di manakah ciri-ciri mesra muslim pada produk selipar terbabit.

Ramai yang berasa marah dan mengatakan ia seolah-olah telah menyalahgunakan imej Muslim.

Kami juga turut tertunggu-tunggu penerangan lanjut mengenai spesifikasi mesra muslim itu. Mungkin ia benar-benar berbeza dengan selipar yang dijual di pasaran sedia ada?

Selipar berkenaan boleh di pra-tempah di laman web rasmi Fipper, yang mana ia dijual pada harga RM79.90 sepasang.

Selipar Mesra Muslim Neelofa

Berbicara mengenai selipar mesra muslim ini, ada satu jenama kasut dari syarikat Israel telah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan produk selipar yang didakwa selipar terbaik untuk bawa ke masjid.

BACA: Israel Cipta Kasut ‘Flip Flop’ Khas Untuk Dipakai Ke Masjid