‘All You Need Is Love’ Kumpulkan Barisan Pelakon Lagenda Hong Kong 4

‘All U Need Is Love’ Filem Komedi Kumpulkan Barisan Pelakon Lagenda Hong Kong

Dihasilkan untuk mengumpulkan dana buat pekerja industri yang terjejas disebabkan wabak pandemik, filem All You Need Is Love merupakan filem drama komedi Hong Kong yang diarahkan oleh Vincent Kok.

Mengisahkan mengenai sekumpulan pelawat hotel yang terpaksa dikuarantin bersama selepas disyaki dijangkiti wabak COVID-19, filem ini menjadi perhatian kerana menampilkan barisan pelakon lagenda Hong Kong.

‘All You Need Is Love’ Kumpulkan Barisan Pelakon Lagenda Hong Kong 3

Ini termasuklah Louis Koo, Jackie Chan, Tony Leung Ka-Fai, Francis Ng, Gordon Lam, Alex Fong, Julian Cheung, Louis Cheung, Sam Lee, Fiona Sit, Carlos Chan, Michael Hui, Chrissie Chau, Eric Tsang, Yuen Qiu, Chin Ka-Lok, Ken Lo dan Cecilia So.

Dengan barisan pelakon yang sering menghiasi zaman kanak-kanak dan remaja, pastinya penonton teruja dalam masa yang sama tetap terhibur dengan aksi-aksi mereka.

Bakal menemui anda di pawagam 22 April ini, apa kata anda tonton dahulu trailer filem All You Need Is Love di pautan bawah: