Paderi Kentut Sembuhkan Penyakit

Paderi Dakwa Kentut Depan Muka Sembuhkan Penyakit, Ramai Sanggup Beratur Dapatkan Rawatan

Paderi Dakwa Kentut Depan Muka Sembuhkan Penyakit, Ramai Sanggup Beratur Dapatkan Rawatan.

Kentut adalah satu perbuatan yang dianggap tidak sopan dalam banyak budaya. Lelaki atau wanita, kentut di hadapan khalayak memang biadap. Bukan tak boleh kentut, tapi ada adabnya nak melepaskan gas dalam badan.

Perbuatan kentut ini juga adalah amalan biasa untuk manusia melepaskan gas dalam badan. Namun, belum sampai untuk kita terdetik menjadikan kentut sebagai kerjaya atau sesuatu yang boleh mendatangkan hasil.

Seorang paderi di Afrika Selatan mendakwa kentutnya mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kaedah rawatan itu dengan hanya berkentut di hadapan muka pesakit yang menemuinya.

Christ Penelope menegaskan dirinya bukan sekadar kentut di hadapan muka orang semata-mata, tetapi mampu menyembuhkan mereka.

Kedengaran seperti tidak logik, tetapi sememangnya ramai yang datang kepadanya untuk mendapatkan kaedah rawatan.

Paderi Kentut Sembuhkan Penyakit

Kaedah Penelope bagaimanapun mendapat tentangan beberapa paderi lain yang beranggapan perbuatannya telah mencemarkan nama gereja.

Salah seorang paderi di gereja SevenFold Holy Spirit berkata, gereja merupakan tempat suci dan perbuatan sebegitu amat bertentangan dengan kepercayaan agama.

Khidmat yang dianggap luar biasa ini jugalah membuatkan ramai penduduk tempatan mempercayainya sehingga sanggup beratur lama menunggu giliran untuk dirawat.

Malahan, ada yang sanggup menunggu dua bulan dalam senarai berjumpa Penelope semata-mata mahu mendapatkan rawatan kentut yang disediakannya.

Ini pula kisah lelaki yang berjaya jadikan kentut sebgai satu kerjaya.

BACA: Kisah Lelaki Yang Berjaya Jadikan Kentut Sebagai Kerjaya

Sumber: TimesNowNews