Pecah Rekod Dunia Tonton Avengers: Endgame

Lelaki Ini Pecah Rekod Dunia Tonton ‘Avengers: Endgame’ Sebanyak 191 Kali

Pecah Rekod Dunia Tonton ‘Avengers: Endgame’ Sebanyak 191 Kali.

Bergelar sebagai peminat sahaja yang faham perasaan untuk menonton sekali lagi sesebuah filem kegemaran walaupun sudah menontonnya beberapa kali.

Seorang lelaki yang juga peminat tegar siri Marvel dari Florida, Ramiro Alanis, telah mencipta rekod dunia apabila menonton filem Avengers: Endgame sebanyak 191 kali di pawagam.

Rekod itu secara rasmi telah pun diiktiraf oleh rekod dunia, Guinness World Records (GWR) pada minggu lalu.

Alanis turut berkongsi kejayaan itu menerusi ciapan di Twitter pada 17 Mac lalu dengan memuat naik gambar dirinya memegang rekod dunia berdiri di sebelah perisai Captain America serta sebuah foto bersama beberapa barisan pelakon filem Marvel itu.

“Secara rasminya, saya hebat!!!,” tulis Alanis di Twitter merujuk kepada slogan GWR.

Alanis telah menghabiskan 576 jam bersamaan 24 hari bagi menonton filem Avengers: Endgame yang berdurasi 3 jam 2 minit.

Dia mengakui bahawa ia bukan mudah untuk mencipta rekod ini. Perlu mengorbankan beberapa perkara untuk mencapai ke tahap itu disamping faktor kekangan masa.

Pecah Rekod Dunia Tonton Avengers: Endgame

“Cabaran paling sukar adalah mengetepikan masa dengan keluarga, rutin di gimnasium dan membahagikan kerja dan waktu menonton filem di pawagam.

“Jadi, mereka yang ingin melakukannya perlu membuat persediaan dari segi fizikal dan mental,” katanya.

Terdahulu, Alanis pernah mencipta rekod menonton filem terbabit sebanyak 116 kali dan berazam untuk mencipta rekod sebanyak 200 kali.

Rekod 116 kali itu dicapai ketika Alanis bekerja sebagai penyelia tapak pembinaan di syarikat diusahakan keluarganya.

Menurut Alanis, dia terdorong mencipta rekod itu selepas melihat kejayaan YouTuber NemRaps yang menyaksikan Avengers: Infinity War sebanyak 103 kali.

“Saya membeli tiket untuk menontonnya lima kali pada hujung minggu selepas filem itu mula ditayangkan.

“Sejak itu, saya mula pergi ke pawagam setiap hari dan berkongsi ulasan kerana saya sangat menggemari filem epik berkenaan,” katanya.

Avengers: Endgame sempat menjadi filem terlaris dalam sejarah perfileman dunia, mengatasi Avatar sebelum ia mengambil kembali gelaran itu pada awal bulan ini selepas tayangan ulangan di China.

Sumber: CNN