Filem ‘Master’ Bakal Diadaptasi Kepada Versi Hindi, Salman Khan Bakal Jadi Hero 3

Filem ‘Master’ Bakal Diadaptasi Kepada Versi Hindi, Salman Khan Sebagai Hero

Biarpun dilancarkan dalam musim pandemik, filem Tamil Master lakonan Vijay dan Vijay Sethupathi mendapat sambutan luar biasa di India dan juga Malaysia.

Master mengisahkan mengenai Bhavani, seorang remaja yang dipersalahkan atas kematian keluarganya yang sebenarnya merupakan perbuatan khianat pesaing ayahnya. Ditempatkan di pusat tahanan remaja, Bhavani melalui tempoh yang amat menyeksakan – dipukul dan diseksa tanpa belas kasihan sehingga menyebabkan beliau menjadi seorang yang kejam.

Bertahun di pusat tahanan tersebut, Bhavani melarikan diri dan menubuhkan empayarnya sendiri bagi membalas dendam kepada mereka yang terlibat dalam pembunuhan keluarganya.

Baru-baru ini, penerbit Kabir Singh, Murad Khetani dan Endemol Shine dilaporkan berminat untuk menghasilkan adaptasi dalam versi Hindi dengan Salman Khan sebagai salah seorang pelakon yang akan menerajui adaptasi filem berkenaan.

Filem ‘Master’ Bakal Diadaptasi Kepada Versi Hindi, Salman Khan Bakal Jadi Hero 1

Menurut media Pinkvilla, Salman Khan dilaporkan berminat dengan konsep filem dan menunjukkan minat dan menanti skrip penuh yang disesuaikan dengan penonton Bollywood.

Semasa ditanya apa yang ada pada Salman, penerbit mendedahkan aura dan personaliti yang beliau miliki sesuai dengan konsep cerita dan kehendak para pembuat filem.