April Fools With Abbott & Costello

Bagaimana 1 April Menjadi Hari Bebas Berjenaka Tanpa Syarat?

1 April menjadi tarikh yang disambut dengan pelbagai jenaka dan gurauan yang kadangkala tidak masuk akal.Ada satu peraturan yang dibuat kononnya pada 1 April, segala jenis gurauan dibenarkan selagi hari berkenaan masih lagi dalam 1 April.

Bagaimana 1 April Menjadi Hari Bebas Berjenaka Tanpa Batasan 1

Tahukah anda, sambutan 1 April ini dikatakan datangnya dari Zaman Pertengahan yang mana ketika itu orang Eropah masih lagi menyambut Tahun Baharu pada minggu terakhir bulan Mac dan bukannya 1 Januari?

April Fool dimulakan sebagai satu jenaka dalam kalangan masyarakat benua Eropah yang masih merayakan perayaan tahun baharu pada tarikh lain biarpun 1 Januari merupakan tarikh umum untuk perayaan Tahun Baharu sejak abad ke-16.

Bagaimana 1 April Menjadi Hari Bebas Berjenaka Tanpa Batasan 3

Kredit: iStock Images

Malah di sesetengah kawasan di Perancis, hari ini disambut dengan cuti selama seminggu yang mana ianya akan berakhir pada 1 April.

Namun sampai ke saat ini, asal usul dan sejarah April Fool masih lagi menjadi misteri sehingga pelbagai teori dikaitkan dengan hari tersebut.

Berbeza dengan kepercayaan agama lain, dalam Islam, hukum menyambut April Fool adalah haram kerana terdapatnya unsur:

  1. Penipuan.
  2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (disebabkan penipuan).
  3. Pengkhianatan.