Insiden Terusan Suez Sumpahan Firaun

Netizen Mesir Dakwa Insiden Terusan Suez Disebabkan Sumpahan Firaun

Netizen Mesir Dakwa Insiden Terusan Suez Disebabkan Sumpahan Firaun.

Insiden kapal kontena MV Ever Given, kapal berbendera Panama yang tersadai di Terusan Suez, Mesir baru-baru ini akibat ribut pasir telah membuka banyak mata tentang kepentingan unggul laluan perkapalan ini.

Peristiwa ini telah membuatkan kita sedikit sebanyak dapat memahami impak yang diterima seluruh dunia sebagai contoh ia meningkatkan kos perkapalan sedunia sebanyak AS$450,000 bagi sesuatu pelayaran biasa, menurut penganalisis syarikat perkapalan Braemar ACM Singapura.

Namun, kekecohan yang berlaku di Terusan Suez itu juga turut dikaitkan dengan sumpahan Firaun.

Andaian yang dibuat sebilangan netizen, susulan beberapa insiden pelik yang berlaku di Mesir sejak beberapa minggu lalu termasuk peristiwa kapal MV Ever Given yang tersadai di Terusan Suez dan kemalangan kereta api yang mengorbankan 30 nyawa.

Insiden Terusan Suez Sumpahan Firaun

Netizen mengaitkan insiden itu berpunca daripada sumpahan Firaun kerana sebuah acara bakal diadakan pada 3 April ini, dikenali sebagai Perarakan Emas Firaun yang mana 22 mumia termasuk Raja Ramses II, Raja Seknen Ra dan Raja Tuthmosis III, Permaisuri Hatshepsut dan Permaisuri Merit Amun akan dibawa dari Muzium Mesir di Tahrir menuju Muzium Nasional Tamadun Mesir.

Proses pemindahan itu dijangka mengambil masa selama 40 minit dan mereka yang mengandaikan teori itu menganggap ia telah membangunkan semula sumpahan kuno tersebut.

Mereka yang mendakwa sumpahan firaun atas acara itu kembali menggemakan frasa popular dalam legenda Raja Mesir yang berbunyi,’Kematian akan datang dengan cepat kepada mereka yang mengganggu ketenteraman Firaun’.

Istilah ‘sumpahan firaun’ wujud apabila beberapa kejadian pelik yang berlaku kepada ahli arkeologi yang menemui mumia-mumia di situ.

Walau bagaimanapun, semua dakwaan itu disangkal oleh pakar sejarah Mesir, Zahi Hawwas.

Hawwas menjelaskan kematian beberapa ahli arkeologi yang menggali makam purba pada masa itu disebabkan oleh kuman yang berada di situ.

Sumber: The Sun, Awani