Shin Min Ah & Kim Seon Ho Bakal Bergandingan, Peminat Tak Sabar Tunggu Drama Pasangan Lesung Pipit 3

Shin Min Ah & Kim Seon Ho Bakal Bergandingan, Peminat Tak Sabar Tunggu Drama Pasangan Lesung Pipit

Disember tahun lalu, ada desas-desus yang mengatakan pelakon lelaki Korea yang menempa nama dengan drama Start Up akan bergandingan bersama Shin Min Ah dalam satu filem remake.

BACA: 5 ‘Variety Show’ Korea Yang Boleh Buatkan Anda Rasa Lapar

Hari ini, ianya disahkan apabila keduanya dilaporkan bakal bergandingan dalam satu drama romantik komedi, Seashore Village ChaChaCha.

Shin Min Ah dilaporkan akan membawa watak Yoo Hye Jin, seorang doktor gigi yang cantik dan bijak. Hidupnya jadi kucar kacir apabila dia berpindah ke kampung Gongjin yang berdekatan pantai.

Shin Min Ah & Kim Seon Ho Bakal Bergandingan, Peminat Tak Sabar Tunggu Drama Pasangan Lesung Pipit 1

Di sana beliau bertemu Kim Seon Ho yang membawa watak Hong Doo Shik, seorang penganggur berjaya yang mahir dalam pelbagai kerja.

Shin Min Ah & Kim Seon Ho Bakal Bergandingan, Peminat Tak Sabar Tunggu Drama Pasangan Lesung Pipit 2

Akan diterbitkan stesen tvN, skrip tulisan Shin Ha Eun yang pernah menulis skrip The Crowned Clown, drama ini akan mendapat sentuhan pengarah popular, Yoo Je Won yang sebelum ini terlibat dengan drama Oh My Ghost, Tomorrow With You,  Million Stars Falling fron the Sky, Abyss dan Hi Bye, Mama!

Tahun 2020 menyaksikan peningkatan populariti drama Korea secara mendadak di Malaysia. Mungkin kerana plot yang berbeza dan menarik, ramai yang memilih untuk menjadikan drama Korea sebagai pilihan untuk tontonan hiburan.

Untuk itu, kami senaraikan 10 drama Korea terbaik untuk tahun 2020 yang boleh anda tonton di Netflix. Yang pastinya, ianya tidak akan membuatkan anda rasa masa anda terbuang dengan sia-sia.

BACA: Tak Popular Tapi Menarik, Ini 5 Drama Korea 2020 Yang Boleh Anda Tonton Tanpa Rasa Menyesal