Dipulau Jiran Gara-Gara Tak Tonton Drama

Dipulau Jiran Dan Rakan Sekerja Gara-Gara Tak Tonton Drama TV Popular

Dipulau Jiran Dan Rakan Sekerja Gara-Gara Tak Tonton Drama TV Popular.

Lazimnya, kesibukan rutin harian menjadikan tiang asas kejiranan sukar dicapai disebabkan beberapa halangan seperti bekerja, menguruskan anak dan segelintir masyarakat yang hanya mengamalkan sikap pentingkan diri sendiri.

Bagaimanapun, ada juga isu-isu lain yang membuatkan tingkah laku bermasam muka dan bertelingkah.

BACA: Dibina Tanpa Jiran, Rumah Dikelilingi Lautan Dikenali Sebagai Paling Sunyi Di Dunia

Bagi seorang wanita dari Jawa Barat, Indonesia, mendakwa pernah dipulaukan jiran dan segelintir rakan sekerja hanya kerana dia tidak menonton sinetron atau drama bersiri televisyen popular di negara itu yang berjudul Ikatan Cinta.

Memetik laporan Tribunews, Sairoh, 40, pada awalnya dia tidak mengetahui drama apa yang sedang popular ketika itu kerana tidak mengikutinya.

Ia menyebabkan dia ketinggalan kerana jiran dan rakan sekerjanya sering bersembang hampir setiap masa seperti ketika mahu menunaikan solat, makan tengah hari, dan waktu rehat mengenai sinetron berkenaan.

Dipulau Jiran Gara-Gara Tak Tonton Drama
Sumber: Tribunews

“Mereka sering bercakap mengenai watak utama drama berkenaan iaitu Aldebaran dan Andin sedangkan saya tidak tahu. Jadi saya pun nekad luangkan masa menonton drama berkenaan,” katanya.

Dah tonton, jadi ketagih

Selepas kali pertama menonton, Sairoh ‘ketagih’ hingga tidak boleh terlepas menyaksikan drama itu setiap hari.

“Saya sanggup makan di hadapan televisyen selain berebut dengan anak untuk menonton drama Ikatan Cinta.

“Selalunya, saya akan menukar ke saluran lain pada waktu iklan disiarkan tetapi drama ini membuatkan saya tidak berganjak.

“Saya juga pernah membayangkan watak utama menjadi suami saya kerana ketampanannya, malah saya suka gandingannya dalam drama itu iaitu Andin,” katanya.

Katanya, dia kini tidak lagi dipulaukan jiran dan rakan sekerja kerana drama itu.

Dipulau Jiran Gara-Gara Tak Tonton Drama

Sinetron Ikatan Cinta menjadi fenomena di Indonesia yang mula ditayangkan pada 19 Oktober 2020. Ia berkisarkan tentang pernikahan antara Andin dan Nino yang dianggap akan menghancurkan hubungan keluarga kerana Nino pernah dicintai adik perempuan Andin.

Sumber: Tribunews